19 Julai- Bersempena dengan Bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan, Polis Diraja Malaysia telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Menteri Dalam Negeri Bersama Polis DiRaja Malaysia bertempat di Dewan Serbaguna Masjid Bukit Aman hari ini.
Turut hadir di majlis tersebut ialah Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr. Wan Junaidi Tunku Jaafar, Ketua Setiausaha KDN, DatoÔÇÖ Sri Abdul Rahim bin Mohamad Radzi, Ketua polis Negara YDH IG Tan Sri DatoÔÇÖ Sri Khalid Abu Bakar dan isteri, Timbalan Ketua polis Negara YDH DIG Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin dan isteri, Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha dan pegawai-pegawai kanan Kementerian Dalam Negeri dan PDRM.
YB Datuk Seri Zahid turut menandatangani buku pelawat sebaik ketibaan beliau. Majlis kemudian diteruskan dengan Berbuka Puasa dan solat Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh YB Datuk Seri Zahid.
YB Datuk Seri Zahid turut menunaikan solat Isyak dan solat sunat Tarawih berjemaah bersama pegawai dan anggota PDRM.
-tamat-