Selamat Datang
Pautan Pantas Maklumat Korporat, Direktori, Perkhidmatan Online, Terkini dan Menu Portal
Selamat Datang
Pautan Pantas Maklumat Korporat, Direktori, Perkhidmatan Online, Terkini dan Menu Portal
Kerja betul-betul dan rezeki yang kita dapat halal,ÔÇØ kata Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Abd Rahim Mohd Radzi ketika berucap dalam Majlis Amanat Akhir Tahun di depan warga kementerian itu, di Putrajaya baru-baru ini.
Majlis yang dimulakan dengan bacaan doa, diikuti nyanyian lagu Negaraku dan Maju dan Sejahtera yang diketuai oleh Kumpulan Koir KDN dan turut diserikan dengan bacaan sajak oleh SUB Pembangunan Insan, Siti Hasiah Jusoh, hasil nukilan Abd Rahim sendiri.
Penganjuran Majlis Amanat Akhir Tahun KSU ini bertujuan merapatkan ukhwah diantara pihak pengurusan tertinggi kementerian khususnya kepada warga KDN serta jabatan dan agensi dibawahnya, bertepatan dengan konsep untuk merakyatkan  perkhidmatan melalui engagement.
ÔÇ£Keazaman dan kecekalan kita dalam mengharungi cabaran sepanjang tahun 2013 yang lalu diharap dapat┬á menjadi pemangkin untuk kita terus berusaha dengan┬á lebih kuat lagi.ÔÇØ
ÔÇ£Cabaran dan dugaan yang bakal kita┬á hadapi bukanlah halangan untuk kita terus maju dan┬á mengecapi kejayaan.ÔÇØ
ÔÇ£Saya juga bersyukur kerana saya mempunyai barisan pegawai dan kakitangan yang berwibawa dan berwawasan yang sanggup jatuh dan bangun bersama┬á saya bagi memastikan Kementerian Dalam Negeri ini ┬áterus relavan dan dipandang tinggi oleh semua orang.ÔÇØ
ÔÇ£Saya tidak mungkin boleh melakukan seorang diri tanpa sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh anda sekalian,ÔÇØ ujar Abdul Rahim.
Abdul Rahim turut mengingatkan bahawa sebagai penjawat awam yang turut merupakan penggerak utama Dasar Transformasi Negara, warga KDN turut disaran agar terus mendokong enam prinsip teras kepada sistem penyampaian perkhidmatan awam iaitu, Cepat, Tepat, Integriti, (CTI) dan Produktiviti, Kreativiti dan Inovasi (PCI) dalam menjalankan tugasan seharian.
Disamping itu, kepimpinan tertinggi negara juga sentiasa memberi ingatan kepada penjawat awam agar berusaha mengurangkan karenah birokrasi, membanteras rasuah dan salah guna kuasa, melayani pelanggan dengan cara berhemah, berbudi bahasa dan bersopan santun, mempunyai sikap prihatin kepada golongan kurang berkemampuan, mempercepatkan proses membuat keputusan serta  mengamalkan tadbir urus serta integriti dalam tugasan.
ÔÇ£Kita juga perlu menjaga perhubungan, mesti ada nilai baik dan integriti. Memberi salam dan senyum. Kita di kementerian sebagai satu keluarga. Bos pula mesti berani beri tunjuk ajar kepada kakitangan dengan bijaksana, jangan pandai komen sajaÔÇØ, ujar beliau lagi.
Hadir sama pada majlis itu Datin Seri Zahrah Che Hussain, isteri Abd Rahim, serta pegawai-pegawai kanan kemeneterian, jabatan dan agensi.   
Pada majlis itu, warga KDN turut disaran untuk memulakan usaha pada tahun 2014 ini dengan menerapkan budaya inovatif dalam cara bertindak di organisasi. 
ÔÇ£Kakitangan KDN keluar dari zon selesa (comfort zone) dan corak kerja business as usual agar penjanaan idea yang kreatif dan inovatif melalui Strategi Lautan Biru (Blue Ocean Strategy) perlu digalakkan bagi mengubah cara bekerja ┬áyang lazim yang tidak lagi bersesuaian dengan tuntutan.ÔÇØ
ÔÇ£Untuk mencapai kecemerlangan, KDN perlu menjadi organisasi yang mempunyai ┬áminda dan sikap mengejar kecemerlangan, etika yang┬á luhur, modal insan mahir dan berpengetahuan, budaya┬á kerja berasaskan prestasi dan barisan kepimpinan yang┬á kompeten serta berwawasan.ÔÇØ
 
-tamat-
Lembaga Penapis Filem
Lembaga Parol
Lembaga Pencegahan Keganasan
Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya |
Tel: 03 8000 8000 Fax : 03-88891613 / 03-88891610 |
pro[at]moha[dot]gov[dot]my |
Dasar Privasi | Dasar keselamatan | Penafian | Bantuan | Soal Selidik | Soalan Lazim | Peta Laman | RSS Feed | Lokasi
Dasar Privasi | Dasar keselamatan | Penafian | Bantuan | Soal Selidik | Soalan Lazim | Peta Laman | RSS Feed | Lokasi