Dalam dunia tanpa sempadan dan perkembangan globalisasi, perhubungan melalui internet semakin meningkat dan meluas.  Pihak kementerian perlu mengikuti arus perkembangan ini dalam urusannya.
Tujuan utama Kementerian menyediakan portal ini adalah untuk memberi ruang kepada orang ramai mencari maklumat dan fakta mengenai kementerian ini serta perkhidmatan yang disediakan.  Selain itu, portal ini juga memberi peluang kepada pengunjung untuk mengutarakan pandangan, pendapat dan maklum balas mengenai kementerian selain membuat sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan Kementerian.
Pihak Kementerian sentiasa berusaha membuat penambah baikan untuk meningkatkan kualiti portal ini.  Kita sentiasa mengalu-alukan sebarang pandangan yang membina demi untuk memperbaiki dan memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan kementerian selain menambah maklumat dan kemudahan yang disediakan.
Tahniah kepada Kementerian Dalam Negeri kerana sentiasa peka kepada kehendak orang ramai dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya. Sehingga kini pelbagai maklumat yang saling berkait dengan tugas, peranan dan fungsi kementerian telah disediakan untuk panduan dan rujukan pengunjung. Semoga maklumat dalam portal ini dapat membantu pengunjung menambah pengetahuan dan kerajaan mengekalkan keselamatan dan ketenteraman negara.