telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

  • Laman Utama
  • Berita
  • Program Turun Padang Rapatkan Hubungan Dengan Masyarakat Setempat- YB Dato’ TMDN II

Program Turun Padang Rapatkan Hubungan Dengan Masyarakat Setempat- YB Dato’ TMDN II

Sri Aman: YB Dato Masir Kujat Timbalan Menteri Dalam Negeri II merangkap Ahli Parlimen Sri Aman Sarawak hari ini mengadakan Program Turun Padang ke Rumah Umbek Kejatau Sri Aman Sarawak.

 

Program yang diadakan di Dewan Kampung Dayak Kejatau Sri Aman ini dihadiri lebih 500 orang masyarakat setempat.

 

Dalam ucapannya, beliau berkata selain bertujuan untuk merapatkan hubungan dengan masyarakat setempat dalam suasana yang lebih santai, program pada hari ini juga bertujuan memperkenalkan peranan dan fungsi Kementerian Dalam Negeri (KDN) berserta Agensi-agensi dibawahnya.

 

YB Dato’ Masir merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Perdana Menteri YAB Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang amat prihatin terhadap kemajuan dan pembangunan negeri Sarawak. Menurut beliau, transformasi pembangunan dan sosiekonomi yang dilaksanakan oleh Kerajaan turut dirasai oleh Negeri Sarawak dan pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo sebagai buktinya.

 

Program turut dihadiri oleh YBrs Puan Surayati binti Ibrahim, Ketua Pengarah Pertubuhan Malaysia , YBrs Dr Haniff bin Zainal Abidin, Setiausaha Bahagian Perancangan Strategik Kementerian Dalam Negeri serta Ketua- Ketua Jabatan KDN di Negeri Sarawak.

 

YB Dato’ Masir pada hari ini juga merasmikan Dewan Kampung Dayak Kejatau Sri Aman, tempat dimana program diadakan. Selain itu beliau turut menyampaikan pakaian operasi digital RELA dan menyampaikan BR1M kepada 21 orang penerima.

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 21 November 2024.
Jumlah Pelawat : 1121114

moha qrcode