telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

  • Laman Utama
  • Akta Antipemerdagangan Orang Dan Antipenyeludupan Migran 2007
  • Latar Belakang

Latar Belakang

Mesyuarat Jemaah Menteri yang bersidang pada 18 Jun 2010 telah meluluskan cadangan Kementerian Dalam Negeri untuk meminda Akta Antipemerdagangan Orang 2007 bagi memperkukuhkan rangka kawal selia untuk menangani isu pemerdagangan orang dan penyeludupan migran dengan lebih berkesan.

 Pembentangan Rang Undang-Undang Antipemerdagangan Orang (Pindaan) 2010 telahpun dibuat pada sesi Mesyuarat Kedua, Penggal Ketiga, Parlimen Ke-12. Bacaan Kali Pertama di Dewan Rakyat telah berlangsung pada 5 Julai 2010 dan dibentangkan untuk Bacaan Kali Kedua dan Bacaan Kali Ketiga oleh Y.B. Menteri Dalam Negeri pada 13 Julai 2010 dan diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 15 Julai 2010. Seterusnya, Rang Undang-Undang ini telas dibahaskan di Dewan Negara pada 3 Ogos 2010 dan telah diluluskan sebulat suara.

 Pindaan Akta ini telah mendapat perkenan daripada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong pada 8 September 2010 dan telah diwartakan pada 30 September 2010. Kini pindaan Akta tersebut dikenali sebagai Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 dan mula berkuatkuasa pada 15 November 2010.


 

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 20 Disember 2024.
Jumlah Pelawat : 1124032

moha qrcode