telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

Sesi Perjumpaan YB Timbalan Menteri Dalam Negeri (I) Bersama Wakil-Wakil Industri Mengenai Pengurusan Pekerja Asing

Sesi perjumpaan pada hari ini adalah sesi perjumpaan kali ke-2 yang dianjurkan oleh Kementerian Dalam Negeri bagi mendapatkan maklumbalas daripada wakil-wakil industri berkenaan pengurusan pekerja asing di negara ini. Sebanyak 22 wakil industri dari pelbagai persatuan dan organisasi yang mewakili majikan telah hadir ke perjumpaan ini.
 
Sesi perjumpaan pertama telah diadakan pada 16 Februari 2016 bertujuan mendapatkan pandangan wakil-wakil industri mengenai penstrukturan semula kadar levi pekerja asing. Input dari wakil industri telah membantu pihak Kerajaan untuk menetapkan kadar baru levi yang bersesuaian. Kadar levi ini telah berkuatkuasa pada 18 Mac 2016.
 
Sesi perjumpaan pada hari ini lebih menjurus untuk mendapatkan penyelesaian kepada isu penggajian pekerja asing tanpa izin (PATI). Mesyuarat juga telah diberi penjelasan berkenaan  Program Penggajian dan Penempatan Semula PATI atau program Rehiring yang telah dijalankan bermula pada 15 Februari 2016 dan akan berakhir pada 30 Jun 2016. Program Rehiring ini adalah inisiatif Kerajaan untuk membantu dan memberi peluang kepada para majikan untuk menggaji PATI sedia ada di dalam negara secara sah. Sehingga 29 Mei 2016, statistik pendaftaran Program Rehiring telah mencatatkan pendaftaran PATI seramai 114,410 orang.
 
Bagi memastikan kejayaan program ini, kerajaan juga telah melonggarkan lagi syarat program dengan membenarkan majikan menggaji PATI dalam sub sektor beku. Sebanyak 17 sub sektor baru yang dibenarkan untuk menggajikan PATI adalah seperti berikut :-
 
i.Kedi (wanita)
ii.Dobi 
iii.Tukang Gunting Rambut 
iv.Perniagaan Borong & Runcit 
v.Perniagaan Tekstil 
vi.Tukang Emas 
vii.Rumah Kebajikan 
viii.Pekerja Am di Bengkel 
ix.Pekerja Am di Tempat Cuci Kereta 
x.Pekerja Am di Pasar 
xi.Pekerja Am di Kedai Serbaneka, 
xii.Stesen Minyak 
xiii.Pekerja Am di Hypermarket
xiv. Perlombongan 
xv.Hutan Kayu Bakau/ Hutan Kayu Balak
xvi. Gudang 
xvii. Kargo (Pelabuhan sahaja)
 
Kementerian juga menyeru agar para majikan mengambil peluang ini sebaik mungkin sebelum dikenakan tindakan penguatkuasaan yang tegas jika didapati menggaji PATI setelah program ini tamat pada 30 Jun 2016.
Selain itu, Kementerian juga telah mendapatkan kelulusan dari Jabatan Peguam Negara bagi mengecualikan pendakwaan kepada PATI yang ingin pulang ke negara asal melalui mekanisme Pulang Sukarela (Program 3 + 1).
 
Kementerian Dalam Negeri
31 Mei 2016.
 

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 21 November 2024.
Visitor Count : 1121153

moha qrcode