Jabatan Imigresen Malaysia: Video Klip Pegawai Migresen Wanita Yang Viral Di Media Sosial
KENYATAAN MEDIA
JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA
TARIKH: 29 APRIL 2016
VIDEO KLIP PEGAWAI MIGRESEN WANITA YANG VIRAL DI MEDIA SOSIAL
Merujuk kepada isu seorang Pegawai Imigresen wanita yang didakwa melakukan kekerasan terhadap tahanan warga asing yang viral di media sosial. Jabatan Imigresen Malaysia telah mengambil tindakan serta merta menukarkan pegawai yang terlibat dari Unit Penguatkuasa ke Unit Pentadbiran, Jabatan Imigresen Negeri Sembilan sementara menunggu hasil siasatan penuh kes tersebut.
JIM akan melakukan siasatan secara terperinci berhubung kes ini. Jika hasil siasatan mendapati pegawai tersebut terbukti bersalah melanggar peraturan - peraturan sebagai penjawat awam, Jabatan ini tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tatatertib berdasarkan Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) Pindaan 2002.