telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

Pelaksanaan Program Penggajian Dan Penempatan Semula Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) (PROGRAM REHIRING)

KENYATAAN MEDIA

PELAKSANAAN PROGRAM PENGGAJIAN DAN PENEMPATAN SEMULA

PENDATANG ASING TANPA IZIN (PATI) (PROGRAM REHIRING)

13 FEBRUARI 2016


1.   Program Penggajian dan Penempatan Semula PATI atau Program Rehiring akan dilaksanakan bermula pada 15 Februari 2016 hingga 31 Disember 2016.

2.   Program Rehiring adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada PATI yang bekerja secara haram di Malaysia diberikan permit kerja yang sah bagi memenuhi sektor pekerjaan yang dibenarkan. Selain itu, Program ini turut dirangka untuk memenuhi permintaan majikan untuk mengisi keperluan pekerja di sektor pekerjaan yang dibenarkan sahaja serta membolehkan Kerajaan mengetahui jumlah PATI dalam Negara bagi tujuan pemantauan dan memenuhi keperluan senario keselamatan semasa.

3.   Program Rehiring akan dilakukan secara atas talian dimana sepanjang tempoh tiga bulan pertama, ianya akan dinilai dari aspek keberkesanannya termasuk elemen nilai tambah yang wajar dikemaskini demi memastikan kelancaran pelaksanaan Program tersebut bagi tempoh seterusnya.

4.   Program Rehiring akan dilakukan dengan berhati-hati dan terkawal supaya tidak berlaku kes-kes penipuan oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab yang cuba mengambil peluang untuk mengaut keuntungan daripada PATI. Bagi tujuan ini, Kerajaan mengenakan syarat-syarat yang ketat terhadap PATI dan Majikan untuk menyertai Program Rehiring serta akan memastikan mana-mana PATI yang tidak layak akan dihantar pulang ke Negara asal mengikut prosedur sedia ada bagi memastikan pengurangan lambakan PATI dalam Negara.

5.   Mana-mana Majikan yang didapati menggaji PATI tanpa berdaftar dibawah Program Rehiring akan dikenakan hukuman yang berat mengikut perundangan sedia ada melibatkan kesalahan menggaji PATI.

6.   Antara syarat-syarat utama Program Rehiring adalah PATI perlu mempunyai rekod kemasukan asal secara teratur ke Malaysia, mempunyai Majikan yang berkaitan serta bebas daripada sebarang rekod jenayah. Selain itu, pelaksanaan Program Rehiring adalah tertakluk kepada sektor yang dibenarkan sahaja serta tidak termasuk sektor luar dasar atau sektor yang dibekukan oleh Kerajaan.

7.   Permohonan bagi Program Rehiring oleh Majikan dan PATI boleh dilakukan secara atas talian melalui rehiring.imi.gov.my. Syarat-syarat terperinci Program turut boleh diperolehi di laman web yang sama.

8.   Sebarang pertanyaan lanjut mengenai Program Rehiring boleh dirujuk kepada Bilik Gerakan JIM pada setiap hari dari jam 8.30 pagi hingga 11.00 malam melalui talian 03 - 8880 1555.

KEMENTERIAN DALAM NEGERI

Putrajaya

13 Februari 2016

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 21 November 2024.
Visitor Count : 1121157

moha qrcode