Welcome
Links Corporate Information, Directory, Online Services, Annoucement and Site Menu
Welcome
Links Corporate Information, Directory, Online Services, Annoucement and Site Menu
KENYATAAN MEDIA
YBHG DATO’ SRI ALWI BIN HJ. IBRAHIM
KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN DALAM NEGERI
MENGENAI
PENERUSAN PELAKSANAAN PROGRAM PENGGAJIAN
DAN PENEMPATAN SEMULA PENDATANG ASING TANPA IZIN (PATI)
20 FEBRUARI 2016
1. Kerajaan ingin menyarankan agar pihak majikan di Negara ini menggunakan peluang untuk menyertai Program Penggajian dan Penempatan Semula PATI atau Rehiring Programme yang telah bermula pada 15 Februari 2016.
2. Ini adalah susulan keputusan Kerajaan pada 19 Februari 2016 untuk menangguhkan pengambilan semua pekerja asing dari semua negara sumber termasuk Bangladesh. Penangguhan ini berkuatkuasa sehingga Kerajaan berpuas hati mengenai keperluan sebenar tenaga kerja asing sepertimana yang diperlukan oleh industri-industri di negara ini. Kerajaan juga telah menangguhkan penetapan terhadap pembayaran dua kategori levi disamping memberi peluang secukupnya kepada rakyat tempatan bekerja di sektor-sektor yang didominasi oleh pekerja asing.
3. Pelaksanaan Rehiring Programme ini akan diteruskan bagi PATI dari 15 negara sumber sedia ada. Dalam konteks ini, para majikan serta pekerja yang menyertai Rehiring Programme serta memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan akan dikecualikan daripada tindakan pendakwaan dan hanya perlu membayar kompaun di atas kesalahan tinggal lebih masa serta bayaran-bayaran yang berkaitan bagi tujuan penggajian semula.
4. Pada waktu yang sama kementerian juga mengarahkan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) meningkatkan tindakan penguatkuasaan bagi memastikan kesemua pekerja asing yang berada dalam negara ini mempunyai dokumen dan permit kerja yang sah dan tindakan penguatkuasaan juga diambil kepada pekerja asing yang terlibat dalam sektor-sektor yang tidak dibenarkan penggajian pekerja asing.
5. Jabatan Imigresen telah memulakan operasi pada 19 Februari 2016 dengan pemeriksaan ke atas seramai 2,125 rakyat asing dan daripada jumlah itu, seramai 971 orang telah ditahan atas pelbagai kesalahan Imigresen.
6. Bagi tempoh 15 Februari 2016 hingga 19 Februari 2016, sejumlah 8,418 permohonan Program Rehiring telah diterima melibatkan 8,100 permohonan bagi warganegara Republik Indonesia, 178 permohonan bagi warganegara Myanmar dan 140 bagi lain-lain warganegara.
7. Permohonan bagi Program Rehiring oleh majikan dan PATI hanya boleh dilakukan secara atas talian melalui portal rehiring.imi.gov.my. Syarat-syarat terperinci program turut boleh dimuat turun daripada laman web yang sama.
8. Sebarang pertanyaan lanjut mengenai Program Rehiring boleh dirujuk kepada Pusat Panggilan Program Rehiring mengikut warganegara seperti berikut:
9. Sebarang pertanyaan lanjut berhubung Program Rehiring boleh menghubungi Bilik Gerakan Jabatan Imigresen Malaysia di talian 03-8880 1555 atau 03-8880 1557 pada setiap hari bermula jam 8.30 pagi hingga 11.00 malam.
KEMENTERIAN DALAM NEGERI
Putrajaya
Film Censorship Board
Parole Board
Prevention of Terrorism Board
Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya |
Tel: 03 8000 8000 Fax : 03-88891613 / 03-88891610 |
pro[at]moha[dot]gov[dot]my |
Privacy Policy | Security Policy | Disclaimer | Help | Questionnaire | FAQ | Site Map | RSS Feed | Location
Privacy Policy | Security Policy | Disclaimer | Help | Questionnaire | FAQ | Site Map | RSS Feed | Location