Welcome
Links Corporate Information, Directory, Online Services, Annoucement and Site Menu
Welcome
Links Corporate Information, Directory, Online Services, Annoucement and Site Menu
KENYATAAN MEDIA
YBHG. DATO’ SRI ALWI BIN HJ. IBRAHIM
KETUA SETIAUSAHA
KEMENTERIAN DALAM NEGERI
MENGENAI
KEKELIRUAN ANGKA KUTIPAN
LEVI PEKERJA ASING
23 MAC 2016
1. Kementerian Dalam Negeri (KDN) merujuk kepada liputan berita oleh portal berita bertajuk “Confusion as government levy figures go from RM2.2b to RM254.6m” bertarikh 22 Mac 2016. Kementerian ingin menjelaskan bahawa tidak wujud sebarang percanggahan pada kedua-dua angka tersebut kerana ia merujuk kepada dua (2) perkara yang berbeza sepertimana butiran berikut
2. Kementerian telah menerima dua (2) soalan Parlimen dari Y.B. Puan Dr. Hajah Siti Mariah Binti Mahmud, Ahli Parlimen Kota Raja pada 17 Mac 2016 dan Y.B. Tuan Sim Chee Keong, Ahli Parlimen Bukit Mertajam pada 21 Mac 2016.
3. Y.B. Ahli Parlimen Kota Raja dalam soalannya pada 17 Mac 2016 telah meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan jumlah sumbangan levi permit kerja dari pekerja asing dari tahun 2011 sehingga 2015. Berdasarkan soalan tersebut, jawapan jumlah kutipan levi permit pekerja asing telah diberikan seperti Jadual 1.
TAHUN |
JUMLAH KUTIPAN LEVI (RM) |
2011 |
1,807,559,238.97 |
2012 |
2,618,101,763.53 |
2013 |
2,423,003,405.28 |
2014 |
2,637,594,587.09 |
2015 |
2,254,148,205.66 |
Jadual 1 : Jumlah Kutipan Levi Pekerja Dari Tahun 2011 hingga 2015
4. Setiap pekerja asing dikenakan levi sepanjang bekerja di dalam negara ini. Levi tahun pertama (1) akan dijelaskan oleh majikan sebelum pekerja asing dibenarkan memasuki negara untuk bekerja. Levi tahun kedua (2) dan tahun-tahun seterusnya akan dikutip melalui pembaharuan Permit Lawatan Kerja Sementara (PLKS) pada setiap tahun. Jumlah yang dipaparkan di dalam
Jadual 1 merangkumi jumlah bayaran levi tahun pertama dan pembaharuan permit kerja pekerja asing. Angka ini diberikan selaras dengan persoalan yang telah dibangkitkan oleh Y.B. Ahli Parlimen Kota Raja.
5. Manakala, Y.B. Ahli Parlimen Bukit Mertajam pada 21 Mac 2016 telah meminta agar Menteri Dalam Negeri menyatakan jumlah levi dan apa-apa penerimaan, oleh kerajaan bagi pengimportan pekerja migran. Y.B. Ahli Parlimen Bukit Mertajam juga meminta disenaraikan statistik dari tahun 2010 hingga 2015.
6. Berdasarkan soalan ini, Kementerian berpandangan ianya menekankan kepada pengimportan pekerja migran sahaja iaitu kemasukan pekerja asing baharu dari luar negara. Statistik yang yang dipohon tidak merangkumi pekerja asing yang sedia ada bekerja dan berada di dalam negara. Oleh yang demikian, angka levi yang telah dikemukakan adalah bagi kutipan levi tahun pertama pekerja asing yang telah diluluskan dari tahun 2010 hingga 2015 sahaja. Hasil levi yang dikemukakan tidak merangkumi jumlah kutipan levi dari pembaharuan permit pekerja asing yang telah bekerja dan telah berada di dalam negara. Angka kutipan levi yang telah diberikan adalah seperti Jadual 2.
TAHUN |
JUMLAH KUTIPAN LEVI (RM) |
2010 |
461,371,560.00 |
2011 |
348,727,165.30 |
2012 |
799,039,255.00 |
2013 |
446,236,565.00 |
2014 |
734,212,560.00 |
2015 |
254,620,510.00 |
Jadual 2 : Jumlah Kutipan Levi Tahun Pertama Bagi Tahun 2010 hingga 2015
7. Oleh yang demikian, kedua-dua angka yang diberikan adalah merujuk kepada dua (2) perkara yang berbeza mengikut persoalan yang dibangkitkan oleh kedua-dua ahli parlimen berkenaan dan tidak timbul sebarang percanggahan di dalam kedua-dua jawapan yang telah diberikan.
KEMENTERIAN DALAM NEGERI
Putrajaya
23 Mac 2016
Untuk maklumat lanjut sila hubungi Bahagian Komunikasi Korporat di talian 03 - 88868533
Film Censorship Board
Parole Board
Prevention of Terrorism Board
Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya |
Tel: 03 8000 8000 Fax : 03-88891613 / 03-88891610 |
pro[at]moha[dot]gov[dot]my |
Privacy Policy | Security Policy | Disclaimer | Help | Questionnaire | FAQ | Site Map | RSS Feed | Location
Privacy Policy | Security Policy | Disclaimer | Help | Questionnaire | FAQ | Site Map | RSS Feed | Location