PENGUATKUASAAN TAPISAN KEMASUKAN PELAWAT DAN KENDERAAN KE KOMPLEKS D, PUTRAJAYA
KENYATAAN MEDIA
KEMENTERIAN DALAM NEGERI (KDN)
mengenai
PENGUATKUASAAN TAPISAN KEMASUKAN PELAWAT DAN KENDERAAN KE KOMPLEKS D, PUTRAJAYA 
5 MEI 2015
Mesyuarat Khas Keselamatan Kompleks D pada 29 April 2015 telah memutuskan untuk melaksanakan penguatkuasaan tapisan kemasukan pelawat dan kenderaan ke Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya. 
Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Kementerian Dalam Negeri selaku Pengerusi Jawatankuasa Perimeter Keselamatan Kompleks D, Putrajaya.
Berkuatkuasa 1 Mei 2015, semua pelawat yang ingin berurusan di Kompleks D perlu melaporkan diri di Balai Pengawal Utama untuk mendapatkan Pas Pelawat sebelum dibenarkan memasuki Kompleks D. 
Hanya kenderaan yang mempunyai pelekat Kompleks D sahaja yang dibenarkan memasuki Kompleks D.
Segala kesulitan yang terpaksa dihadapi oleh orang ramai amatlah dikesali.