PELAKSANAAN PEMBAHARUAN PAS LAWATAN KERJA SEMENTARA (PLKS) ONLINE SECARA MENYELURUH
 
PELAKSANAAN PEMBAHARUAN PAS LAWATAN KERJA SEMENTARA (PLKS) ONLINE SECARA MENYELURUH
Adalah dimaklumkan bahawa bagi memastikan perkhidmatan dalam talian (online) Kerajaan dapat dimanfaatkan sepenuhnya maka Kerajaan telah memutuskan seperti berikut:
(1)     Mulai pada Sabtu, 2 Mei 2015 pembaharuan PLKS online pekerja asing dilaksanakan secara menyeluruh di seluruh Semenanjung.
(2)      Kerajaan akan membiayai kadar perkhidmatan sebanyak RM35.00 yang dikenakan oleh pihak MyEG. Oleh yang demikian bayaran proses pembaharuan PLKS pekerja asing kekal pada kadar RM125.00.
(3)    Urusan-urusan lain berkaitan pekerja asing termasuk kes-kes tertentu yang dirujuk masih diproses di kaunter-kaunter Imigresen.