KENYATAAN MEDIA
YBRS.TUAN MOHAMMAD RAZIN BIN ABDULLAH
PENDAFTAR PERTUBUHAN MALAYSIA
MENGENAI PERISTIWA MOGOK LAPAR OLEH AHLI-AHLI MIC DI PERKARANGAN IBU PEJABAT JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN MALAYSIA(JPPM) PUTRAJAYA.
23  JANUARI 2015, PUTRAJAYA
 
Pada 22 Januari 2015, jam 2.00 petang, mogok lapar telah diadakan di perkarangan IbuPejabat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).
Mogok lapar ini dilakukan oleh Dato'G.Kumar Aaman yang menurutnya telah dilantik oleh Presiden MIC sebagai Setiausaha Agung yang baru menggantikan A. Prakash Rao. Beliau ditemani oleh beberapa orang penyokongnya. ┬áAntara individu yang dikenal pasti memberi sokongan dengan menemani beliau dalam mogok lapar ini ialah, Datuk S.Murugesan-Bendahari MIC, Sivasubramaniam - Ketua Penerangan MIC dan K. MuraliÔÇôPeguam (bekas ketua PKR Puchong).
Memandangkan pertikaian pemegang jawatan peringkat pusat MIC ini masih belum diselesaikan lagi seperti yang ditetapkan, JPPM tidak dapat mengiktiraf beliau sebagai ahli CWC, yang dilantik sebagai Setiausaha Agong yang baru.Sehingga kini, pihak MIC masih belum memaklumkan mengenai pelantikan tersebut. Namun begitu, JPPM tiada halangan untuk mengadakan perjumpaan dengan beliau tetapi bukan atas kapasitinya sebagai Setiausaha Agong. Untuk tujuan tersebut, beliau telah pun diminta untuk mengemukakan surat dari pada Presiden sebelum tarikh temujanji ditetapkan. Sehingga ke tarikh mogok ini diadakan, JPPM masih lagi belum menerima surat tersebut.  
Dakwaan bahawa terdapat penyelewengan oleh Pegawai Siasatan JPPM yang menjalankan ke sini adalah tidak berasas sama sekali. Siasatan dijalankan adalah sangat telus selaras dengan kehendak Akta Pertubuhan 1966 serta berasaskan fakta dan keterangan yang diperolehi dari semua pihak yang berkaitan, termasuklah dari pihak Jawatankuasa Pemilih yang terlibat dalam proses pengendalian pemilihan ini