KEMENTERIAN DALAM NEGERI 
KENYATAAN MEDIA 
LAWATAN KERJA Y.B. DATOÔÇÖ SERI DR. AHMAD ZAHID HAMIDI,
MENTERI DALAM NEGERI KE MYANMAR DAN VIETNAM
(12 HINGGA 16 MEI 2014)
 
1. ┬á ┬á ┬á ┬á ┬á Y.B. DatoÔÇÖ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri akan mengadakan rangka lawatan kerja ke Myanmar pada 12 hingga 13 Mei 2014 dan Vietnam pada 14 hingga 16 Mei 2014. Beliau turut diiringi oleh pegawai-pegawai kanan Kementerian Dalam Negeri (KDN).
2.          Semasa berada di Myanmar, Y.B. Menteri Dalam Negeri dijadualkan untuk mengadakan kunjungan hormat ke atas rakan sejawat beliau T.Y.T. Ko Ko, Menteri Dalam Negeri Myanmar dan T.Y.T. U Aye Myint, Menteri Buruh, Penggajian dan Keselamatan Sosial Myanmar.
3.           Semasa berada di Vietnam pula, Y.B. Menteri Dalam Negeri dijadualkan untuk mengadakan kunjungan hormat ke atas rakan sejawat beliau T.Y.T. Tran Dai Quang, Menteri Keselamatan Awam Vietnam, T.Y.T. Pham Thi Hai, Menteri Buruh dan Hal Ehwal Sosial Vietnam dan T.Y.T. Phung Quang Thanh, Menteri Pertahanan Vietnam. 
4.           Lawatan kerja ini adalah bertujuan untuk mempertingkatkan kerjasama di bidang keselamatan di antara Malaysia dan kedua Negara terutamanya dalam menangani ancaman jenayah rentas sempadan yang merangkumi aspek pemerdagangan orang, penyeludupan migran dan keganasan. 
5.           Malaysia dijangka memuktamadkan Memorandum Persefahaman di Bidang Kerjasama menangani Jenayah Rentas Sempadan dengan Vietnam. Di samping itu, lawatan ini juga adalah untuk melihat mekanisme bagi mempertingkatkan aspek pengurusan dan kemasukan pekerja-pekerja kedua Negara ke Malaysia.
6.           Lawatan ini adalah merupakan kesinambungan kepada lawatan kerja terdahulu yang telah dilaksanakan oleh Y.B. Menteri Dalam Negeri ke Bangladesh dan Nepal yang merupakan negara sumber kepada tenaga kerja asing.
 
Kementerian Dalam Negeri
14 Mei 2014