KENYATAAN AKHBAR PENGERUSI LEMBAGA PENAPIS FILEM (LPF) MALAYSIA BERHUBUNG TAYANGAN FILEM ÔÇÿNOAHÔÇÖ
 
KENYATAAN AKHBAR PENGERUSI LEMBAGA PENAPIS FILEM (LPF) MALAYSIA BERHUBUNG TAYANGAN FILEM ÔÇÿNOAHÔÇÖ┬á
Putrajaya, 7 April 2014
Filem ÔÇÿNoahÔÇÖ arahan Darren Aronofsky telah dikemukakan kepada Lembaga Penapis Filem (LPF) untuk penapisan pada 7 Mac 2014. Filem berkenaan memaparkan jalan cerita yang berasaskan kepada kisah hidup Nabi Nuh A.S. LPF memutuskan bahawa sebarang lakonan yang memaparkan ilustrasi atau wajah para Nabi dan Rasul adalah bertentangan dengan Garis Panduan Penapisan Filem Kementerian Dalam Negeri dan selaras dengan Garis Panduan Penapisan Kandungan Bahan-Bahan Penyiaran Berunsur Islam yang dikeluarkan oleh JAKIM. Berdasarkan jalan cerita dan adegan filem tersebut yang mengandungi elemen-elemen di atas, filem ÔÇÿNoahÔÇÖ ini tidak dibenarkan untuk ditayangkan di negara ini bagi menjaga sensitiviti dan keharmonian di kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.