telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

KENYATAAN MEDIA TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA (OPERASI) MENGENAI PELAKSANAAN PROGRAM KHAS PENGURUSAN PATI (PKPP)

 

Program Khas Pengurusan PATI (PKPPI) sebagaimana yang diumumkan Jawatankuasa Kabinet mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin Khas (JKKPA-PATI Khas) pada 2 Oktober lalu akan bermula pada 21 Oktober 2013 bertempat di Pusat Kelulusan Setempat (OSC), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Aras 4, Blok D9, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya.

Program ini akan dilaksanakan selama tiga (3) bulan sahaja mulai 21 Oktober 2013 sehingga 20 Januari 2014 dan waktu operasi bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Objektif program ini adalah untuk menyelesaikan permohonan majikan yang tidak dapat memutihkan PATI disebabkan kes penipuan agen/syarikat pengurus, mengurangkan jumlah PATI sedia ada, memastikan pematuhan Undang-undang berkaitan dan memastikan keselamatan serta ketenteraman awam dapat dikawal.

Program ini juga akan dilaksanakan serentak dengan Ops 6P Bersepadu dan tiada lagi proses pendaftaran baru PATI ketika program ini dilaksanakan.

Program ini tidak akan membabitkan sebarang campurtangan agen/orang tengah kerana  semua urusan hanya dilakukan majikan sahaja.

Majikan diingatkan supaya tidak menggunakan khidmat agen atau orang tengah sepertimana yang telah diputuskan JKKPA-PATI bagi mengelakkan sebarang manipulasi dan eksploitasi.

Majikan yang tidak sempat membuat PL (KS), tidak sempat membayar levi dan tidak dapat hadir untuk proses pemutihan (bagi majikan yang mempunyai PATI yang telah berdaftar di bawah Program 6P) disebabkan diperdaya atau ditipu agen atau orang tengah hendaklah hadir ke Pusat Kelulusan Setempat (OCS), KDN.

Majikan terbabit hendaklah mengemukakan laporan polis daripada tempoh bermula 1 September 2011 sehingga 10 September 2013.

Sebarang maklumat lanjut sila layari laman sesawang KDN di www.moha.gov.my atau menghubungi Bahagian Pekerja Asing di talian 03 ÔÇô 8885 2940/2968.

 

 

 

 

 

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 21 November 2024.
Visitor Count : 1121250

moha qrcode