telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

KENYATAAN MEDIA TIMBALAN PERDANA MENTERI MENGENAI MESYUARAT JAWATANKUASA KABINET MENGENAI PEKERJA ASING DAN PENDATANG ASING TANPA IZIN (JKKPA-PATI ) KALI KE-11 BIL 1/2014

Pada hari ini telah diadakan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai  Pekerja Asing Dan Pendatang Asing Tanpa Izin (JKKPA-PATI) Kali ke-11 bil 1/2014 bagi menimbang cadangan beberapa keputusan dasar yang baru.

Jawatankuasa telah bersetuju bahawa semua restoran-restoran berkonsep fast-food tidak akan dibenarkan untuk menggaji pekerja asing. Ini bagi memberi keutamaan kepada warga tempatan untuk mengisi kekosongan pekerjaan tersebut. Pengusaha-pengusaha restoran berkonsepkan fast-food ini adalah disarankan untuk mengambil dan menggaji pekerja tempatan. Kerajaan memandang serius akan perkara ini memandangkan masih ramai lagi warga tempatan yang berminat untuk bekerja di restoran fast-food ini. Kemahiran memasak bagi restoran berkonsep fast-food adalah tidak tinggi atau sukar berbanding restoran biasa yang menghidangkan pelbagai jenis makanan / masakan kerana kaedah penyediaan mudah dipelajari melalui latihan. Oleh itu, bidang pekerjaan di restoran-restoran fast-food menjadi pilihan dan tarikan warga tempatan terutamanya golongan muda, pelajar lepasan sekolah dan para pelajar Institut Pengajian Tinggi untuk mendapat pendedahan dan sumber pendapatan sama ada bekerja secara part time atau sepenuh masa di bidang industri pemakanan.

Selain itu, Jawatankuasa turut menimbangkan dan bersetuju untuk memanjangkan mekanisme G to G Bangladesh yang sedang dilaksanakan sekarang untuk turut diguna pakai oleh Kerajaan Negeri Sarawak bagi mengisi kekosongan dalam sektor perladangan sawit di negeri tersebut setelah melihat impak positif pelaksanaan mekanisme tersebut di Semenanjung Malaysia. Kaedah kawalan kemasukan, tapisan keselamatan dan saringan kesihatan kedua-dua belah Negara dilihat suatu perkara yang sistematik dan mampu menangani masalah yang seringkali timbul berhubung penggajian pekerja asing.

Berhubung dengan Program Khas Pengurusan PATI (PKPP) yang sedang berlangsung ketika ini di Pusat Kelulusan Setempat (OSC) Kementerian Dalam Negeri (KDN), adalah diingatkan kepada majikan yang mendakwa telah ditipu oleh agen atau orang tengah semasa Program 6P yang lalu untuk hadir ke OSC untuk diteliti permohonan mereka sebelum tamatnya PKPP pada 20 Januari 2014 nanti. Adalah diharapkan majikan hadir lebih awal di OSC, KDN bagi mengelakkan sebarang kesulitan. Setelah tamatnya program ini Kerajaan akan memastikan aktiviti penguatkuasaan dilaksanakan dengan lebih tegas dan berterusan  agar keselamatan dan kententeraman awam terjamin.

 

Sekian, terima kasih.

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 21 November 2024.
Visitor Count : 1121249

moha qrcode