MAJLIS PENYAMPAIAN AMANAT PENGURUSAN TERTINGGI KEPADA PEGAWAI-PEGAWAI BARU KDN.
MAJLIS PENYAMPAIAN AMANAT PENGURUSAN TERTINGGI KEPADA PEGAWAI-PEGAWAI BARU KDN.
30 JULAI 2018, PUTRAJAYA: YBhg. Dato' Seri Alwi bin Hj Ibrahim, Ketua Setiausaha KDN petang tadi meluangkan masa bertemu pegawai-pegawai baru KDN di Bilik Sidang Media Blok D1 KDN.
Beliau melalui amanatnya mengingatkan semua pegawai-pegawai baru agar menjalankan tugasan yang bakal dipikul dengan penuh komitmen dan integriti. Seramai 23 orang pegawai yang baru melapor diri telah menerima surat penempatan mereka di Kementerian, Jabatan dan Agensi KDN pada hari ini.
Hadir sama dalam majlis ini ialah YBhg. Dato' Seri Nadzri Siron, TKSU Keselamatan KDN dan YBhg. Dato' Indera Khairul Dzaimee Daud, TKSU Dasar dan Kawalan KDN.