KSU KDN RASMI KEMPEN SHUT - STOP HUMAN TRAFFICKING.
KSU KDN RASMI KEMPEN SHUT - STOP HUMAN TRAFFICKING.
30 JULAI 2018, KUALA LUMPUR: YBhg. Dato' Seri Alwi bin Hj. Ibrahim, Ketua Setiausaha KDN merangkap Pengerusi Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) pagi ini menyempurnakan Kempen SHUT - STOP HUMAN TRAFFICKING di Pusat Belia Antarabangsa (IYC) Kuala Lumpur bersempena sambutan Hari Antipemerdagangan Orang Sedunia.
Sambutan ini adalah manifestasi komitmen kerajaan dan badan korporat termasuk NGO serta kedutaan asing di Malaysia untuk berganding bahu membanteras jenayah ini dan sekaligus menyahut seruan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 2013 yang mewartakan 30 Julai pada setiap tahun sebagai Hari Antipemerdagangan Orang Sedunia.