Program Penerapan Nilai-Nilai Murni bersama YB Menteri Dalam Negeri @ Bukit Gambir, Johor
Program Penerapan Nilai-Nilai Murni bersama YB Menteri Dalam Negeri @ Bukit Gambir, Johor
BUKIT GAMBIR, 26 Mei 2018: YB Tan Sri Dato Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, Menteri Dalam Negeri hari ini berbuka puasa dan berterawikh bersama ahli kariah Masjid Jamek Bukit Gambir dan masyarakat kawasan sekitar.
Program yang dihadiri lebih 1,500 orang tetamu ini turut meraikan anak-anak yatim dan pelajar-pelajar kurang berkemampuan dari kawasan sekitar.
Selain merapatkan hubungan dengan masyrakat setempat, program diadakan bagi mengimarahkan bulan Ramadan.