Menurut beliau pindaan terhadap dasar yang telah dipersetujui dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada 10 Mac lepas akan menjadi panduan utama dalam usaha memerangi dadah di negara ini.
Pindaan dasar tersebut adalah usaha bagi menangani masalah berkaitan dadah secara holistik dan komprehensif yang merangkumi lima teras utama iaitu pencegahan, rawatan dan pemulihan; penguatkuasaan; pengurangan kemudaratan dan kerjasama antarabangsa.
Turut hadir dalam Majlis Perasmian tersebut adalah YBhg. Dato' Sri Alwi bin Hj Ibrahim, Ketua Setiausaha KDN, YBhg Dato' Sri Nadzri Siron, Timbalan Ketua Setiausaha Keselamatan KDN dan YBhg. Dato' Dr. Abd. Halim Bin Mohd Hussin, Ketua Pengarah AADK Malaysia.