telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

Majlis Pelancaran Tempat Kerja Bebas Dadah Peringkat KDN oleh YBhg Dato' Sri Alwi bin Hj Ibrahim Ketua Setiausaha KDN

13 Februari 2016, PUTRAJAYA: YBhg. Dato Sri Alwi bin Haji Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini telah merasmikan Program Tempat Kerja Bebas Dadah di Dewan Gemilang, Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya.

 

Program ini adalah merupakan salah satu program pengupayaan kendiri warga KDN dalam membina suasana tempat kerja bebas dadah dan menambah pengetahuan mengenai bahaya dadah. Program dianjurkan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Sumber Manusia KDN.

 

YBhg. Dato Sri KSU dalam ucapan perasmiannya telah memohon semua ketua jabatan untuk memberi sepenuh komitmen terhadap program ini dan memastikan seluruh warga KDN tidak terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Beliau juga telah menyerahkan buku pendidikan pencegahan dadah kepada semua Ketua Pengarah Jabatan dibawah KDN semasa majlis pelancaran program ini.

 

Seramai kira-kira 100 orang warga KDN serta Jabatan telah menyertai program pada hari ini yang dimulakan dengan Sesi Dialog bertajuk Tanggungjawab Majikan dan Pekerja Memastikan Tempat Kerja Bebas Dadah dan diakhiri dengan Sesi Ceramah oleh penceramah terkenal iaitu Encik Syamsul Debat dengan tajuk Menjaga Tempat Kerja adalah Satu Amanah.

 

Turut hadir dalam program ini adalah YBhg Dato' Wan Ali bin Besar, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), YBhg. Dato' Sri Mustafa Bin Hj.Ibrahim, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan), YBhg. Dato' Dr. Abd. Halim Bin Mohd Hussin, Ketua Pengarah, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan warga KDN serta Jabatan dibawahnya.

 

 

 

Image may contain: 7 people, people standing and suit

YBhg. Dato' Sri KSU melancarkan Buku Pendidikan Pencegahan Dadah

 

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 21 November 2024.
Visitor Count : 1121202

moha qrcode