Pengawal Keselamatan Peribadi Perlu Ada Tauliah Polis - KDN
Bermula tahun depan, semua pengawal keselamatan peribadi atau 'bodyguard' diwajibkan menjalani latihan khas dan ditauliah oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Alwi Ibrahim berkata latihan itu akan dijadikan syarat wajib bagi pembaharuan lesen membawa dan menggunakan senjata api pengawal keselamatan peribadi pada setiap tahun.
"Langkah ini perlu diadakan bagi memastikan syarikat kawalan keselamatan tidak sewenang-wenangnya menyewakan senjata api kepada mana-mana individu atas dasar sebagai pengawal keselamatan peribadi,"