Sesi Perbahasan United Nations Security Council (UNSC)
Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan mempengerusikan sesi perbahasan di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) bertajuk ‘Challenges in addressing the proliferation of weapons of mass destruction and their means of delivery, related materials, equipment and technology to non state actors’ pada 23 Ogos 2016.
Sesi berkenaan merupakan antara acara sempena lawatan rasmi beliau ke Amerika Syarikat bermula pada 22 Ogos sehingga 26 Ogos 2016.
Sesi berkenaan juga bersempena dengan Malaysia yang dilantik sebagai pengerusi bergilir UNSC pada bulan ini, di mana jawatan tersebut digilirkan antara 5 anggota tetap dan 10 anggota tidak tetap mengikut turutan abjad .
Malaysia dilantik sebagai anggota tidak tetap UNSC pada Januari 2015 dan akan menamatkan penggal berkenaan pada Disember 2016.