telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

Penubuhan Pasukan Petugas Bersama Malaysia - Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNCHR)

Putrajaya, 18 Ogos 2016

 

Kerajaan bersetuju menubuhkan sebuah Pasukan Petugas Bersama Malaysia - Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNCHR) yang akan menangani masalah pendaftaran, pengeluaran kad pelarian dan isu-isu migrant.

 

Pasukan berkenaan akan dianggotai oleh pegawai Kementerian Dalam Negeri (KDN), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Luar dan UNHCR sepertimana yang diputuskan dalam Mesyuarat Penyelarasan Mengenai Isu-Isu UNCHR. Mesyuarat tersebut telah membincangkan peranan pasukan petugas untuk menangani isu pemalsuan kad status pelarian UNHCR yang berlaku dan kelemahan pengurusan penempatan semula pelarian yang menjadi tanggungjawab UNHCR.

 

YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri berkata bahawa proses penentuan status pelarian masih di bawah tanggungjawab UNCHR sepenuhnya berdasarkan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian 1951 dan Protokol 1967.

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 21 November 2024.
Visitor Count : 1121222

moha qrcode