telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

Perkhidmatan Imigresen: Benteng Keselamatan Negara

Miri, Sarawak; 19 Disember 2015: Sambutan Hari Imigresen Tahun 2015 telah mencatat satu sejarah baru di mana buat kali pertamanya majlis tersebut dibawa keluar dari lingkungan Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Putrajaya. Pemilihan Miri sebagai lokasi sambutan menurut YAB Timbalan Perdana Menteri (TPM) merangkap Menteri Dalam Negeri (MDN) Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi adalah tanda penghargaan kepada rakyat Sarawak khususnya Miri atas sumbangan langsung dan tidak langsung dalam membangunkan sosio-ekonomi-politik negara.

Kehadiran kepimpinan tertinggi politik dan pentadbiran peringkat negeri dengan sendirinya menjelaskan sokongan padu rakyat untuk Sarawak terus kekal membangun dalam Malaysia. Menteri Pembangunan Sosial Negeri Sarawak Tan Sri William Mawan Iwon hadir mewakili YAB Ketua Menteri bersama Pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri Dato' Misnon Taha. Dalam usaha untuk menambah-baik kemudahan dan keperluan rakyat di lapangan, YAB TPM mengumumkan kehadiran Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Timbalan-Timbalan Menteri Dalam Negeri, Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Jabatan/Agensi di bawah KDN.

Prestasi cemelang JIM Sarawak khususnya dalam melaksanakan operasi dan penguatkuasaan secara berterusan dan kebiasaanya melewati jam 12 tengah malam turut mendapat penghargaan terbuka YAB TPM. Pencapaian tahun 2015 sehingga bulan November antara lainnya melibatkan pemeriksaan terhadap seramai 16,501 orang menerusi 469 operasi, penangkapan seramai 1,863 orang termasuklah enam (6) orang warga tempatan yang dikenakan kompaun; serta pengusiran seramai 2,912 orang warga asing ke negara asal masing-masing. Justeru, pencapaian JIM Sarawak telah melengkapi peranan penting JIM dalam menentukan Akta Imigresen dilaksanakan dengan cekap dan berkesan di seluruh negara.

Untuk rekod menerusi pendekatan Hari Hari Operasi, JIM bagi tempoh Januari hingga awal Disember 2015 telah membuat operasi keseluruhannya sebanyak 9,680 kali di seluruh negara. YAB TPM menerusi amanat perasmian menzahirkan rasa puas hati terhadap usaha bersungguh seluruh warga kerja Imigresen memacu prestasi ke tahap tertinggi khususnya berhubung penjagaan keselamatan pintu-pintu masuk negara, pengurusan keberadaan warga asing di negara ini, dan juga dalam menangani kebanjiran pendatang asing tanpa izin (PATI). Selain itu perkhidmatan berkualiti dan berintegriti lebih 14,000 orang pegawai/anggota pada tahun 2014, JIM berjaya mengutip hasil sebanyak RM3.6 bilion.

Sehubungan itu YAB TPM dalam menghargai kejayaan kutipan yang dirumuskan sebagai baik turut menggesa JIM supaya lebih inovatif dan proaktif agar kutipan tahun 2016 mencapai nilaian RM4.2 bilion. Ke arah memastikan pelancong tidak melencong dan membetulkan persepsi masyarakat yang tidak begitu positif terhadap Kerajaan Malaysia, YAB TPM mengarahkan JIM memburu ejen atau sindiket yang mengaut keuntungan besar dengan menipu warga asing yang terdesak untuk berhijrah dan berkerja di negara ini:

cari habis-habisan ejen atau sindiket yang memerah darah dan keringat orang miskin walaupun mereka (mangsa penipuan) datang dari negara luar mereka (ejen atau sindiket) tidak ada peri kemanusiaan dan patut disumbat dalam penjara kerana ambil kesempatan atas kesempitan orang lain kebanyakkan mangsa ini berasal dari Bangladesh, Indonesia dan Mynmar di mana dokumen perjalanan mereka telah dipegang oleh ejen atau sindiket, di samping ada juga majikan yang memegang permit kerja mangsa

YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Perdana Menteri
Merangkap Menteri Dalam Negeri

Kesimpulannya dengan mengambil kira lanskap semasa, isu berkaitan benteng keselamatan negara khususnya dalam kawalan pintu-pintu sempadan negara merupakan suatu tanggungjawab yang sangat mencabar dan perlu ditangani secara strategik dan holistik. Arahan YAB TPM supaya JIM tidak sekadar memberi fokus pada operasi dan penangkapan PATI tetapi melebarkan skop mencari, menyiasat, menangkap serta membawa ejen atau sindiket ke muka pengadilan adalah demi keselamatan dalam negeri. Arahan YAB TPM adalah wajar memandangkan JIM antara jabatan/agensi penting di bawah KDN berperanan dalam menentukan kesejahteraan rakyat melalui pengurusan Akta Imigresen yang cekap dan berkesan pada setiap masa.

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 21 November 2024.
Visitor Count : 1121556

moha qrcode