Kuala Lumpur, 28 September 2015 Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menganjurkan 10TH Asean Ministerial Meeting On Transnational Crime (AMMTC ke-10) bermula dari 28 September hingga 1 Oktober 2015 bertempat di InterContinental Kuala Lumpur.
AMMTC telah dirasmikan dan seterusnya dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri,YAB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
AMMTC ke-10 disertai oleh Menteri Dalam dan Luar Negeri Singapura Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, Menteri Keselamatan Awam Vietnam Tran Dai Quang, Menteri Tenaga Brunei Pehin Dato' Dr.Muhammad Yasmin Umar, Menteri Keselamatan Awam Laos Brigadier Jeneral Polis Somkeo Sylavong, Timbalan Menteri Dalam Negeri Myanmar Kyaw Kyaw Tun, Timbalan Menteri Filipina Peter Irving C.Corvera,Timbalan Menteri Dalaman Thailand Sutee Markboon, Setiausaha Negara dan Kementerian Dalam Negeri Kemboja Em Sam An dan Ketua Polis Nasional Indonesia Jeneral Badrodin Haiti
Agenda utama persidangan AMMTC ke-10 ini membincangkan isu mengenai jenayah rentas sempadan dan lain-lain isu yang berkaitan. Mesyuarat peringkat menteri berakhir dengan satu deklarasi untuk bersama berkerjasama membanteras jenayah rentas sempadan ini.
AMMTC kali ini adalah bertujuan untuk memantapkan lagi komitmen dan mewujudkan kesepakatan dalam memerangi jenayah rentas sempadan di rantau Asia Tenggara. Antara lainnya kejayaan AMMTC ke-10 ialah pemeteraian perjanjian kerjasama dalam menangani jenayah rentas sempadan antaranya melalui kerjasama Malaysia dan kerajaan Republik Vietnam. AMMTC ke-10 kemudiannya disusuli dengan Mesyuarat Khas Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Peningkatan Fahaman Radikal dan Keganasan Melampau (SAMMRRVE) pada 2 Oktober 2015, melibatkan perwakilan yang sama dan merupakan mesyuarat kali yang pertama diadakan atas hasil idea YAB Datuk Seri Dr. Ahamad Zahid Hamidi yang bertujuan untuk meningkatkan tahap siap saga negara-negara ASEAN dalam menangani peningkatan radikal dan keganasan yang melampau untuk kententeraman dan keharmonian negara.