Putrajaya, 12 Februari 2015 - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah hadir menyempurnakan Perhimpunan Bulanan  bersama warga Kementerian Dalam Negeri di Dewan Auditorium, Kompleks D Putrajaya.
Dalam ucapan perasmian, Menteri Dalam Negeri mengingatkan enam (6) perkara utama iaitu penguatkuasaan pelaksanaan GST yang akan bermula pada 1 April 2015, Kejatuhan harga minyak dunia sebanyak 60%, Pelancaran Rancangan Malaysia Ke 11 pada bulan Mei 2015, persediaan menghadapi┬á dan mengatasi malapetaka banjir, Ancaman Keselamatan Negara khususnya berkaitan IS dan yang ke enam dan Malaysia akan menjadi Pengerusi Asean dan pengistiharan Asean sebagai Economic Community yang akan menjadi sejarah tersendiri kerana diistiharkan di Kuala Lumpur. Kerajaan juga akan membentangkan Akta Anti Keganasan ÔÇô Prevention of Torrorism Act, (POTA) pada 2 mac 2015
Menteri  Dalam Negeri juga menjelaskan mengenai 101 fokus KDN yang telah dikenal pasti, sebanyak 9 adalah daripada sector keselamatan, 11 dari sector kawalan penerbitan dan penguatkuasaan, 22 dari sektor pengurusan, 7 daripada sector sokongan, ROS 6, JPAM 5, RELA 4, JPN, AADK 12, JIM 4, Penjara 9 dan PDRM 7.  
Hadir sama Timbalan Menteri Dalm Negeri Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Ketua Setiausaha KDN.