telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

MAJLIS PELANCARAN OPS BANTU X JABATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA (JPAM)

Kuala Lumpur, 16 Februari 2015 - Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) melancarkan Ops Bantu X sempena musim perayaan Tahun Baru Cina 2015.  Majlsi Pelancaran disempurnakan oleh YBhg. Dato Alwi bin Haji Ibrahim, Ketua Setiausaha, Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Dalam ucapannya, Dato' Alwi Haji Ibrahim berkata Ops Bantu JPAM ini merupakan acara tahunan JPAM yang diadakan dua kali setahun iaitu pada musim perayaan Tahun Baru Cina dan juga Sambutan Hari Raya Aidil Fitri bertujuan membantu pengguna jalan raya yang menghadapi kesulitan dan kecemasan semasa di jalan raya.

Program yang bercorakkan "Ronda dan Rawat" dan "Emergency Response" ini tertumpu kepada 86 laluan utama yang melibatkan jalan-jalan persekutuan dan jalan biasa yang juga menjadi jalan penting bagi pengguna-pengguna jalan raya yang ingin pulang ke kampung halaman masing-masing.

Menurut beliau, dalam operasi yang bermula hari ini sehingga 24 Februari 2015 seramai 7,200 anggota JPAM yang akan bertugas di seluruh Negara.

Mereka ini bukan sahaja membantu mangsa-mangsa kemalangan malah turut membantu pemilik kereta/motosikal membaiki kerosakan-kerosakan kecil kenderaan mereka termasuk menukar tayar jika didapati pancit serta turut membantu pengguna kenderaan yang kehabisan bahan api serta mengalihkan halangan di jalan raya.

 

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 21 November 2024.
Visitor Count : 1121243

moha qrcode