telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

PENDAFTARAN NEGARA MALAYSIA TAHUN 2014.

Sambutan Hari Pendaftaran Negara yang berlangsung pada 1 Oktober 2014 bertempat di Balora Perdana, Jabatan Pendaftaran Negara. Sambutan ini telah dirasmikan oleh YB. DatoÔÇÖ Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar. Selain itu juga, DatoÔÇÖ Sri Mohamad Khalid bin HJ. Shariff Ketua Setiausaha KDN turut menghadiri pada majlis ini serta Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara YBhg. DatoÔÇÖ Sulaiman bin HJ. Keling.

Semasa majlis ini berlangsung TMDN YB. DatoÔÇÖ Sri DR. Wan Junaidi Tuanku Jaafar kesempatan beramah mesra bersama kakitangan JPN dan tetamu yang hadir pada majlis itu. ucapan aluan dari ketua pengarah jabatan pendaftaran negara iaitu YBhg. DatoÔÇÖ Sulaiman bin HJ. Keling mengucapkan jutawan terima kasih kepada semua yang terlibat untuk menjayakan majlis secara langsung atau tidak langsung. hari pendaftaran negara ini telah dilakukan 2 tahun. Di samping itu, Ketua Pengarah JPN mengumumkan nama unik Nur Fathaniah Tariyah Karimah Farwizah Zahabiyah Syahirah Binti Airol Anizam adalah antara nama terpanjang di Malaysia seperti yang direkodkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Ketua pengarah pendaftaran negara DatoÔÇÖ Sulaiman Keling berkata nama 'AhmadÔÇÖ yang direkodkan ialah sejumlah 63,049 orang, diikuti 'Alex' 16,992 orang dan 'Ravi' 10,866 orang. "Nama-nama berkenaan paling banyak digunakan dan didaftarkan di negara ini," katanya ketika berucap pada hari pendaftaran negara dan hari inovasi 2014 di Jabatan Pendaftaran Negara di sini hari ini. Kata Ketua Pengarah lagi warga JPN melihat pemilihan 1 Oktober sebagai Hari Pendaftaran Negara sebagai bertepatan dan sesuai dengan peranan JPN sebagai satu-satunya organisasi di malaysia yang menguruskan dokumen rekod pengenalan diri bermula dari awal kelahiran hinggalah rekod selepas kematian.

Di samping itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri juga mengucapkan terima kasih kepada Ketua Pengarah kerana menjemput beliau untuk merasmikan majlis hari pendaftaran negara. Sementara itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri YB. DatoÔÇÖ Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang merasmikan majlis itu berkata berdasarkan laporan perbelanjaan JPN dalam tempoh tiga tahun, sejumlah RM1.13 bilion telah dibelanjakan merangkumi tanggungan pengeluaran MyKad. beliau berkata kerajaan memperuntukkan lebih RM46 juta untuk projek percetakan MyKad di 43 pejabat cawangan terpilih.di samping itu, TMDN juga berkata "kad beras dikeluarkan kepada orang awam secara sistematik dan teratur mulai 1 Okt 1948 dengan kad yang pertama bernombor siri 0000001 dikeluarkan kepada Tunku Abdul Rahman, Bapa Kemerdekaan Negara.┬á

Selepas sahaja┬á ucaptama serta perasmian oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Majlis diteruskan dengan Penyampaian Penganugerahan Dokumen Pengenalan Diri, ikrar penerima kewarganegaraan, penyampaian anugerah hari inovasi dan penyerahan cenderahati kepada YB. DatoÔÇÖ Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Timbalan Dalam Negeri.

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 21 November 2024.
Visitor Count : 1121245

moha qrcode