telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

MAJLIS PELANCARAN SKUAD TAKTIKAL KHAS 3 POLIS DIRAJA MALAYSIA (STAGG)

KUALA LUMPUR, 7 Disember 2014 ÔÇô Majlis Pelancaran Skuad Taktikal Khas 3 yang dinamakan STAGG (Special Task Force For Anti Vice, Gaming And Gangsterism ini telah dilancarkan oleh YB DatoÔÇÖ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Menteri Dalam Negeri. Selepas menubuhkan dua pasukan elit bagi membanteras jenayah berprofil tinggi, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mewujudkan satu lagi skuad khas yang antara tujuan utamanya ialah untuk menangkap ÔÇÿjerung-jerungÔÇÖ yang menjadi dalang bagi kegiatan perjudian, maksiat dan gengsterisme.

 

Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Judi dan Gangsterisme (Stagg) ini merupakan dievolusi daripada gerak kerja Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman dan akan memberi tumpuan terhadap suspek-suspek yang memainkan peranan penting dalam kegiatan judi haram, pelacuran serta kumpulan kongsi gelap di seluruh negara. STAGG juga setanding dengan Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) dan Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (STING) yang diwujudkan setahun lalu. 

 

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, penubuhan skuad taktikal ketiga itu dilihat akan membantu PDRM dalam menumpaskan pelbagai kegiatan haram di negara ini.

 

Turut hadir adalah Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh.

 

 

 

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 21 November 2024.
Visitor Count : 1121243

moha qrcode