Bangi, Selangor ÔÇô 25-27 November 2014 ÔÇô Jabatan Pertahanan Awam telah menganjurkan Hari Inovasi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia 2014 yang bertempat di Akademi Latihan Pertahanan Awam (ALPHA), Bangi, Selangor.
Program yang berlangsung selama 3 hari itu disertai Jabatan Pertahan Awam dari pelbagai negeri.  Semasa program ini dijalankan, 3 kategori pertandingan telah dipertandingkan kepada peserta iaitu KIK Pusat, KIK Telekom dan Pertandingan Inovasi. Kerajaan juga telah memperuntukkan hadiah mengikut setiap kategori yang dipertandingkan  sebagai satu sokongan dari pihak kerajaan dalam memberi galakan dan kebudayaan kreativiti dan inovasi dapat diserap ke dalam diri penjawat awam di negara ini.
Majlis Perasmian Pentup telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Keselamatan Kementerian dalam Negeri, DatoÔÇÖ Alwi Bin Haji Ibrahim. Dalam ucapan beliau, Hari Inovasi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia ini merupakan peringkat permulaan untuk menilai kumpulan ÔÇô kumpulan kreatif dan inovatif serta produk ÔÇô produk inovasi baru dalam agensi jabatan yang mungkin boleh digilap dan perkemaskan untuk dipertandingkan ke peringkat seterusnya.┬á
Jabatan Pertahanan Awam juga merupakan sebuah jabatan yang penting kepada negara untuk menggalas usaha transformasi kerajaan dalam mendokong eksperasi ini Kementerian Dalam Negeri amnya dan jabatan khasnya perlu mengatasi pelbagai cabaran yang mendatang dengan cara yang lebih kreatif dan inovatif dalam menempuh cabaran ÔÇô cabaran serta arus negara ini.