Melaka, 20 NOV 2014 - Jabatan Penjara Malaysia hari ini telah melakar sejarah menubuhkan Muzium Penjara Malaysia bertempat di Banda Hilir Melaka.Penjara Banda Hilir yang kedua tertua di Malaysia yang dulu di kenali juga sebagai H.M JAIL telah dibina sekitar tahun 1860an
 
Muzium ini mempunyai keunikannya tersendiri kerana tersimpan segala perkara rahsia dan menjadi warisan sejarah penjara, koleksi dokumen, catatan dan artifak untuk rujukan generasi akan datang.
 
Pembukaan Muzium Penjara ini juga dapat dilihat bertepatan dengan sumbangan abad ke 18 untuk mempamerkan rentetan sejarah sebagai tempat tahanan dan pemulihan bagi insan yang tergelincir dari landasan kehidupan.
 
Muzium Penjara Malaysia ini telah dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil Bin Yaakpo, Yang Di Pertua Negeri Melaka.Turut hadir YB Dato' Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Exco Kerajaan Negeri Melaka dan pegawai tertinggi Jabatan Penjara Malaysia.