MAJLIS PERJUMPAAN MENTERI DALAM NEGERI BERSAMA KELAB MOTOSIKAL SELURUH MALAYSIA 2014
PUTRAJAYA, 20 Oktober 2004 - Majlis Perjumpaan YB Dato' Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi,  Menteri Dalam Negeri bersama Kelab Motor Seluruh Malaysia telah diadakan di Dewan Gemilang, Aras G, Blok D1, Kementerian Dalam Negeri yang yang dihadiri oleh semua wakil dari Kelab dan Persatuan Motor masing-masing.
Program di bawah anjuran JPPM ini dianjurkan bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan di antara Menteri Dalam Negeri dan persatuan yang berdaftar. Kelab-kelab motosikal merupakan kelab berdaftar di bawah kategori rekreasi dan jumlah berdaftar adalah sebanyak 178 buah kelab motosikal.
Kelab-kelab motosikal boleh memainkan peranan dan menepis pesepsi masyarakat bahawa penunggan motosikal adalah tidak beretika semasa di jalan raya dengan menganjurkan aktiviti-aktiviti yang sihat dan secara tidak langsung membantu kerajaan dalam mengurangkan kemalangan jalanraya.
Hadir sama Ketua Setiausaha KDN DatoÔÇÖ Seri Mohamad Khalid Hj Shariff