Kota Kinabalu, 10 Julai 2014 - Menteri Dalam Negeri DatoÔÇÖ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hadir dalam Majlis Berbuka Puasa Kementerian Dalam Negeri bersama warga KDN Sabah bertempat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah.
Sewaktu memberikan ucapan, beliau menjelaskan peranan manusia sebagai umat Islam supaya menunaikan segala kewajipan yang telah diperintahkan termasuklah membayar zakat.
ÔÇ£Zakat fitrah merupakan kewajipan fardhu ain ke atas setiap orang islam kerana ia memiliki hikmah yang dapat kita petik darinya antaranya ialah membersihkan pahala orang yang berpuasa dari perbuatan sia-sia sehingga seseorang yang berpuasa itu dapat meraih kesempurnaan pahala puasanya,ÔÇØ jelasnya.
Beliau juga meminta supaya umat Islam menghayati pengertian sebenar Ramadhan Al-Mubarak dengan memperbanyakkan amal ibadah serta melaksanakan tugas dengan penuh ikhlas dan tanggungjawab bagi memperoleh keredhaan dan pengampunan daripada Allah SWT.
Dalam majlis ini, Ahmad Zahid berkenan menyampaikan sumbangan kepada saudara baru islam dan anak-anak yatim dari daerah Kota Kinabalu.
Turut hadir Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Mohamad Khalid Sharif dan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Zinin.