telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

MAJLIS BERBUKA PUASA KDN BERSAMA WARGA KDN MELAKA

Ayer Keroh, 9 Julai 2014 - Menteri Dalam Negeri DatoÔÇÖ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hadir dalam Majlis Iftar bersama warga Kementerian Dalam Negeri (KDN) Melaka bertempat di Kompleks KDN, Ayer Keroh Melaka.

Dalam majlis ini, bacaan ayat suci Al-Quran telah diperdengarkan oleh saudara Muhammad Taufik Salam dari Universiti Islam Madinah dan penyampaian tazkirah Ramadhan oleh Ustaz Syaari Rahudin dari Sekolah Rendah Agama Jaim Kg. Tun Razak.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri DatoÔÇÖ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkenan menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim Islam Daerah Jasin Melaka dan juga Siti Habibah Ismail, ibu remaja yang dipukul sampai mati oleh bapanya.

Pada majlis itu, YB Menteri mengadakan sidang media bersama para wartawan dan media massa.

Antara perkara yang disebutkan oleh beliau, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mewujudkan sistem perkhidmatan atas talian bagi memudahkan orang ramai memaklumkan butiran peribadi kepada pihak berkuasa untuk pengawasan kediaman sepanjang musim perayaan.

Beliau turut memaklumkan sudah meminta Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk memulakan Ops Selamat pada seminggu sebelum dan selepas hari raya. Operasi ini turut menjalinkan kerjasama antara PDRM, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan pihak berkuasa tempatan.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Naim Abu Bakar, Ketua Polis Melaka Datuk Chuah Ghee Lye serta pegawai-pegawai kanan Kementerian Dalam Negeri.  

 

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 19 September 2024.
Visitor Count : 1113963

moha qrcode