telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

HARI BERTEMU PELANGGAN KDN

Putrajaya, 6 Mac 2014 ÔÇô Kementerian Dalam Negeri hari ini membuka ruang seluasnya kepada masyarakat untuk menyalurkan aduan dan mendapatkan info terkini mengenai perkhidmatan KDN dengan mengadakan Hari Bertemu Pelanggan yang diadakan pada hari Khamis setiap minggu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada sidang media selepas menyertai program ini berkata, Hari Bertemu Pelanggan merupakan usaha KDN yang mahu mempermudahkan urusan orang ramai mengikut peraturan dan prosedur yang ditetapkan.

Beliau menambah, KDN prihatin dalam memahami permasalahan rakyat dan mengambil langkah proaktif bagi memudahkan orang ramai yang mempunyai urusan dan masalah yang berhubung kait dengan peraturan KDN, jabatan dan agensi.

Beliau turut memaklumkan bahawa urusan mengenai permohonan mendapatkan pembantu rumah dan taraf permaustatin tetap merupakan aduan yang paling banyak diterima oleh kementerian, jabatan dan agensi ini.

Selain menteri, turut serta dalam program ini ialah ketua pengarah dari setiap jabatan dan agensi serta pegawai kanan kementerian.

"Sebelum ini lazimnya hanya pegawai yang selesaikan tetapi hari ini saya sendiri bersama ketua pengarah setiap jabatan dan agensi serta pegawai kanan kementerian turun padang membantu menyelesaikan masalah orang ramai secara langsung," katanya.

Program ini berlangsung di Dewan Gemilang, KDN Putrajaya mulai jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang.

Sehubungan itu, orang ramai dialu-alukan untuk hadir dan berurusan dengan mana-mana kaunter yang dibuka seperti kaunter Bahagian Pengurusan Pekerja Asing, Bahagian Hal Ehwal Imigresen, Bahagian Pendaftaran Negara dan Pertubuhan, Bahagian Kawalan Penapisan Filem dan Penguatkuasaan serta Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran.

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 19 September 2024.
Visitor Count : 1113980

moha qrcode