Parit Buntar, 4 Disember 2012 ÔÇô Program kekeluargaan Kembara FOA Parit Buntar-Lumut digarap bagi menyajikan suasana program santai dan tidak membosankan kepada para peserta di samping mengekalkan pengisian program modul asal. Program yang diadakan baru-baru ini telah menarik penyertaan seramai 60 orang peserta menjadikan destinasi menarik sebagai lokasi persinggahan untuk melaksanakan program terbabit.
Dia awal perjalanan, slot Transformasi Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Bahaya Dadah digubah dalam bentuk wacana di Caring Community House (CCH) Trong (Daerah Larut, Matang dan Selama). Terdahulu, para peserta menjalani sesi Ice Breaking untuk mengeratkan hubungan dan seterusnya taklimat oleh saudara Nor Khairul Anuar bin Ismail PRS CCH yang membuatkan peserta semakin tertarik dengan fungsi dengan peranan CCH.
Seterusnya, peserta berhenti untuk solat berjemaaah di Masjid Jamek Sungai Tinggi sebelum melaksanakan modul cara-gaya keibubapaan. Perjalanan diteruskan dan di Dataran Majlis Daerah Manjung telah berlangsung aktiviti Kenali Diriku, Cuit-cubit Sayang dan Smart belanja dalam versi kreatif. Sepanjang program berlangsung, para peserta melahirkan rasa gembira dan teruja dengan pendekatan dilaksanakan sekaligus dapat merasai perkhidmatan yang diberikan oleh AADK.
Disediakan oleh: Abdul Rahim bin Mohd Salleh (AADK Daerah Kerian, Perak)
-Tamat-