Sungai Besi, 17 Disember 2012 : Bagi memantapkan lagi kemahiran dalam kaunseling, pada pagi tadi, seramai 33 orang mahasiswa dan mahasiswi Universiti Malaya (UM) telah melawat Klinik Cure & Care 1 Malaysia, Sungai Besi. Mereka merupakan pelajar yang mengambil subjek Kaunseling, Ketagihan dan Pemulihan di UM.
Sesi lawatan dimulakan dengan taklimat ringkas berkenaan Klinik Cure & Care 1 Malaysia, Sungai Besi serta perkhidmatan yang disediakan di sana. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh En. Mohd Azizi bin Salleh, Timbalan Pengarah Klinik Cure & Care 1 Malaysia,  Sungai Besi. Di akhir sesi taklimat tersebut, para pelajar bertanyakan beberapa persoalan berkaitan AADK serta Klinik Cure & Care 1 Malaysia.
Setelah itu, para pelajar telah dibawa melawat ke sekitar Klinik Cure & Care 1 Malaysia, Sungai Besi bagi melihat sendiri aktiviti yang dijalankan serta beramah mesra dengan klien yang sedang mendapatkan rawatan dan pemulihan di sana.