KUNJUNGAN HORMAT MR JEREMY ENGLAND, HEAD OF REGIONAL DELEGATION, INTERNATIONAL COMMITTEE OF THE RED CROSS (ICRC) KE KDN
Putrajaya, 13 Februari 2014 - YB. Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Timbalan Menteri Dalam Negeri telah menerima kunjungan hormat daripada Mr. Jeremy England, Head of Regional Delegation, International Committee of The Red Cross (ICRC) di pejabat beliau di KDN Putrajaya.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Menurut Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, pihak KDN akan mengadakan perbincangan dan kerjasama erat dengan pihak  Jawatankuasa Palang Merah Antrabangsa (ICRC) mengenai komitmen untuk melihat agensi-agensi seperti Jabatan Penjara, Jabatan Imigresen dan Polis Diraja Malaysia di dalam melaksanakan aspek penguatkuasaan yang setara dengan piawaian antarabangsa.
Beliau menambah, pihak ICRC akan mengadakan perhubungan secara konsisten dengan pihak Imigresen untuk berbincang mengenai piawaian penjagaan tahanan di pusat-pusat tahanan imigran di seluruh negara. Perbincangan ini berlandaskan kepada kawal selia tahanan dari sudut kesihatan, pemakanan, kesesakan jumlah tahanan dan human handling. 
Beliau menyambut baik usaha tersebut kerana pihak ICRC telah memainkan peranan yang baik di dalam membantu KDN melaksanakan undang-undang mengikut kehendak piawaian antarabangsa bagi penahanan imigran.