Perlis, 19 April : Demi menghargai pengorbanan perwira negara di Lahad Datu Sabah, Agensi Antidadah Kebangsaan(AADK) Negeri Perlis dengan kerjasama komuniti masyarakat di Taman Emas telah melaksanakan majlis bacaan Yassin dan Doa Selamat bertempat di Caring Community House (CCH) Taman Emas.
Majlis bacaan Yassin telah dipimpin oleh En. Mohd Zakiuddin bin Md Shariff (Pembantu Antidadah)dimulakan dengan ceramah berkaitan tanggungjawab membina dalam mencintai tanahair. Majlis bacaan Yassin dan doa selamat telah dihadiri oleh Pn. Mashayani binti Md Arif, Pengarah AADK Negeri Perlis, pegawai-pegawai kanan dan kakitangan AADK  Negeri Perlis. Diharapkan Malaysia akan kekal aman dan sejahtera bagi meneruskan transformasi perkhidmatan kerajaan kepada semua rakyat Malaysia