Kuala Lumpur, 25 Mac 2013┬áÔÇô ÔÇ£Komuniti Sejahtera Komitmen KamiÔÇØ, itulah tema sambutan Hari Polis ke-206 yang disambut di 14 kontinjen polis seluruh negara dan telah dirasmikan oleh Y.A.B DatoÔÇÖ Seri Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang turut dihadiri Menteri Dalam Negeri DatoÔÇÖ Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur. Majlis kali ini disambut dalam suasana kesayuan tetapi penuh patriotik.
Pada majlis ini Perdana Menteri DatoÔÇÖ Seri Najib Tun Razak telah menyampaikan kenaikan pangkat secara Medan Posthumous┬ákepada tujuh balu dan seorang waris pejuang yang terkorban di Kampung Tanduo pada 1 Mac 2013, iaitu ASP Zulkifli Mamat, 29, dan Sjn Sabarudin Daud, 46, manakala anggota yang gugur di Semporna pada 2 Mac ialah ACP Ibrahim Lebar, 52, dan Kpl Mohd Azrul Tukiran, 27, DSP Michael Padel, 36, Sjn Mejar Baharin Hamid, 49, Sjn Mejar Abdul Aziz Sakirun, 48, dan Sjn Salam Togiran, 42.
Seramai 93 anggota barisan hadapan yang terlibat secara langsung dalam Operasi Daulat mempertahan kedaulatan negara, turut diterbangkan khas dari Sabah untuk menyertai perbarisan sambutan itu. Sambutan Hari Polis itu antara lain mengetengahkan revolusi kepolisan negara sejak zaman Kesultanan Melayu hingga kepada usaha pasukan keselamatan itu ke arah perkhidmatan masyarakat bertaraf dunia.