KUALA LUMPUR, 28 MEI 2013 ÔÇô┬á Menteri Kementerian Dalam Negeri, DatoÔÇÖ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan┬á Timbalanya Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar┬á telah berkesempatan mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.
Lawatan ini turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, DatoÔÇÖ Sri Abdul Rahim Mohamad Radzi. Dalam lawatan ni, Yang Berhormat Menteri dan Timbalan Menteri telah mengadakan perjumpaan dan mesyuarat bersama ahli jawatan tertinggi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).
Mereka juga berpeluang mendekati dan mendalami lagi peranan utama Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM)  terhadap masyarakat melalui pameran yang disediakan oleh JPAM.
 
=Tamat=