telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

MAJLIS KONVOKESYEN SISTEM LATIHAN DUAL NASIONAL (SLDN) ZON SARAWAK

 
UCAPAN 
YANG BERHORMAT DATO’ MASIR KUJAT
TIMBALAN MENTERI DALAM NEGERI
 
SEMPENA
MAJLIS KONVOKESYEN SISTEM LATIHAN DUAL NASIONAL (SLDN)  ZON SARAWAK 
 
 
INSTITUSI LATIHAN PERINDUSTRIAN MIRI, SARAWAK
 
18 APRIL 2017
 
 
  
Terima kasih Saudara/i Pengara Majlis
 
Yang Berbahagia Dato’ Sri Haji Zulkifli bin Omar
Komisioner Jeneral Penjara
 
Yang Dihormati Dr Mohd Rashid bin Buyong Hamzah
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi)
Jabatan Pembangunan Kemahiran
 
Pengarah-Pengarah Bahagian 
Ibu Pejabat Penjara Malaysia 
 
Yang DihormatiEncik Mohamad bin Yaacob
Pengarah Sistem Latihan Dual Nasional
Jabatan Pembangunan Kemahiran
 
Yang Dihormati Timbalan Komisioner
Ajidin Bin Salleh
Pengarah Penjara Negeri Sarawak
 
Pengarah-Pengarah Institusi Penjara Negeri Sarawak
 
Pegawai-Pegawai Kanan 
 
Dif-dif jemputan 
 
Seterusnya tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian.
 
Salam Sejahtera dan Salam Negaraku Malaysia.
 
1. Terlebih dahulu saya merakamkan kesyukuran dan sukacitanya Majlis Konvokesyen Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) Zon Sarawak dapat direalisasikan dengan jayanya. 
 
2. Pertamanya, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan  dan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Dato’ Sri Haji Zulkifli bin Omar, Komisoner Jeneral Penjara kerana mengatur ruang dan kesempatan yang sungguh bersejarah bagi meraikan perantis yang telah berjaya menamatkan bidang kemahiran melalui Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN).
 
3. Saya mengambil kesempatan ini ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada seluruh perantis yang berada dihadapan saya. Saya amat berbangga dengan anda! Saya percaya dengan kejayaan ini membuktikan anda mampu bangkit demi kehidupan yang lebih sempurna di masa hadapan.
 
Hadirin yang saya hormati,
 
4. Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Jabatan Penjara Malaysia optimis memastikan potensi penghuni penjara dibangunkan dari pelbagai sudut, seperti pendidikan akademik, latihan vokasional, kerohanian serta keperibadian yang unggul. Dari aspek latihan kemahiran kepada penghuni, KDN telah meletakkan sasaran sekurang-kurangnya 1,500 penghuni mengikuti kemahiran secara bersijil dalam tempoh satu tahun. Saya dimaklumkan sehingga bulan Mac sahaja seramai 1,050 perantis telah didaftarkan di 42 Penjara dan Pusat Pemulihan Pemasyarakatan (PPP) dengan melibatkan 47 bidang kemahiran yang ditawarkan. Jumlah penghuni  yang didaftarkan ini akan bertambah dari masa ke semasa, sebagaimana pencapaian pada tahun lalu seramai 2,009 penghuni layak dipersijilkan iaitu pencapaian 133.93%. Syabas dan tahniah saya ucapkan!
 
5. Tidak dinafikan kerjasama merentasi agensi ini telah banyak membantu dalam melahirkan penghuni berkemahiran tinggi. Pada tahun ini sahaja, Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Pembangunan Kemahiran telah menyalurkan peruntukkan sebanyak RM 1.24 juta bagi memastikan program kemahiran bersijil kepada penghuni terus dipertingkatkan. Saya mewakili pucuk pimpinan Kementerian Dalam Negeri mengambil kesempatan ini mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan.
 
6. Saya juga menyambut baik di atas usaha Jabatan Penjara Malaysia untuk menjadikan Penjara Miri, Sarawak salah satu institusi pengeluar produk hasil kerja tangan penghuni berasaskan fabrik iaitu  seni songket dan batik Sarawak. Usaha ini dilihat mampu memupuk semangat cintakan seni warisan negeri ini di kalangan penghuni dan saya juga yakin songket dan batik Sarawak yang dihasilkan oleh penghuni disini akan diterima baik oleh masyarakat sebagaimana penghasilan produk-produkfabrik yang telah diusahakan di penjara-penjara semenanjung. Antara pusat seni fabrik yang terkenal di Penjara Semenanjung ialah Penjara Penor dan Penjara Bentong, Pahang terkenal dengan penghasilan Tenun Pahang DiRaja, Penjara Marang, Terengganu terkenal dengan songketnya, Penjara Wanita Kajang Selangor, Penjara Pengkalan Chepa dan Penjara Machang terkenal dengan pengeluar batik. Saya dimaklumkan permintaan produk berasaskan fabrik mendapat sambutan yang amat menggalakkan dimana pada tahun lalu hasil jualan melebihi RM 836 ribu. Syabas dan tahniah saya ucapkan!
 
7. Sehingga kini kita mempunyai 10,428 penghuni telah berjaya memperoleh pengiktirafan sijil  kemahiran SLDN dalam pelbagai bidang semenjak tahun 2012 di seluruh Malaysia dan daripada jumlah tersebut seramai 407orang penghuni penjara Sarawak telah mendapat pengiktirafan tersebut. Amatlah rugi sekiranya kita tidak menggunakan tenaga mereka yang terlatih ini untuk sama-sama mengerakkan ekonomi negara. 
 
8. Usaha ini jelas membuktikan bahawa penjara bukan semata-mata tempat menjalani hukuman tetapi sebaliknya bertindak sebagai institusi latihan dan pembangunan semula insan. Gunakanlah kesempatan yang diberi untuk bangkit semula bagi menjadi insan yang cemerlang serta mampu berbakti kepada keluarga, masyarakat dan negara.
 
Hadirin yang saya hormati,
 
9. Sesungguhnya sokongan keluarga dan masyarakat amat diperlukan untuk mereka terus bangkit daripada kesilapan lalu. Harapan kita hadirnya kembali mereka kepada masyarakat dengan satu azam dan semangat yang baru iaitu menjadi warganegara yang berbakti kepada agama, bangsa dan negara.
 
10. Saya amat menghargai dan pujian perlu diberikan kepada majikan-majikan yang sudi memberi peluang pekerjaan kepada bekas penghuni. Bukan mudah bagi mereka yang berada di penjara untuk memulakan langkah pertama dalam membina kerjaya yang mana mereka perlu bersaing dengan tenaga kerja yang ada diluar sana. Jika kita tidak memberi peluang kepada mereka tidak mustahil mereka kembali melakukan perbuatan jenayah dan kembali menghuni penjara.
 
11. Saya berharap Jabatan Penjara memperluaskan lagi jalinan kerjasama bagi menerokai lebih banyak bidang latihan yang bersesuaian serta berpotensi untuk pasaran pekerjaan. Langkah ini pada pandangan saya boleh menjadi laluan pekerjaan kepada  penghuni setelah mereka dibebaskan. 
 
12. Akhir kata, saya mewakili Kementerian Dalam Negeri mengambil kesempatan ini merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Jabatan Pembangunan Kemahiran di atas kerjasama yang telah diberikan. Saya berharap agar semua pihak terus memberikan sokongan dan komitmen yang tinggi bagi membentuk sebuah negara aman dan makmur. Semoga semangat sehati sejiwa kita akan terus menjadi tunjang kekuatan bagi menjana kemajuan negara demi untuk kesejahteraan kita bersama. 
 
Sekian, terima kasih.
 

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 21 November 2024.
Visitor Count : 1121334

moha qrcode