telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

UCAPAN TIMBALAN MENTERI DALAM NEGERI DI MAJLIS PELANCARAN PROSEDUR STANDARD OPERASI (SOP) AGENSI-AGENSI PENGUATKUASAAN DI BAWAH MAJLIS ANTIPEMERDAGANGAN ORANG DAN ANTIPENYELUDUPAN MIGRAN (MAPO)



Bismillahir Rahmanir Rahim

Terima kasih saudara Pengerusi Majlis

Yang Berbahagia

DatoÔÇÖ Alwi bin Haji Ibrahim

Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Keselamatan)

Yang Berusaha

Encik Muhd Khair Razman bin Mohamed Annuar

Setiausaha Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran,

Ahli-ahli Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO),

Wakil-wakil Jabatan,

Setiausaha-Setiausaha Bahagian,

Pegawai-pegawai Kementerian Dalam Negeri,

Y.Bhg. DatoÔÇÖ-DatoÔÇÖ, Tuan-tuan dan puan-puan yang saya kasihi sekalian,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1 Malaysia.

 

Terlebih dahulu, marilah kita merafakkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya jua, kita dapat berhimpun bersama-sama dalam Majlis Pelancaran Prosedur Standard Operasi (SOP) Penguatkuasaan Agensi-agensi Penguatkuasaan di bawah Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO). Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Sekretariat MAPO atas usahasama dalam menjayakan majlis pada hari ini.

Y.Bhg. DatoÔÇÖ-DatoÔÇÖ,

Tuan-tuan dan puan-puan,

Pemerdagangan orang dan penyeludupan migran merupakan masalah global pada masa kini kerana ianya berkait rapat dengan aspek migrasi. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Organisasi Antarabangsa mengenai Migrasi (IOM), jumlah migrasi secara keseluruhannya dianggarkan seramai 214 juta pada tahun 2010 dan dijangkakan jumlah migrasi secara keseluruhannya akan meningkat kepada 405 juta pada tahun 2050.

Faktor inilah antara sebab utama yang menyebabkan kedua jenayah ini telah diberikan perhatian khusus oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di mana badan dunia tersebut telah menggubal Konvensyen PBB mengenai Jenayah Terancang (UNTOC) pada tahun 2000 dan dikuatkuasakan mulai 29 September 2003. Ini adalah kerana pergerakan manusia adalah antara komponen penting yang berkait rapat dengan jenayah rentas sempadan. Konvensyen ini disokong oleh tiga (3) Protokol di mana dua daripadanya khusus berkaitan dengan pemerdagangan orang yang dikuatkuasakan pada 25 Disember 2003 dan penyeludupan migran yang dikuatkuasakan pada 28 Januari 2004.

Y.Bhg. DatoÔÇÖ-DatoÔÇÖ,

Tuan-tuan dan puan-puan,

Malaysia menghadapi cabaran yang besar dalam menangani kedua jenayah ini kerana Negara ini dikategorikan sebagai Negara destinasi bagi pemerdagangan orang dan Negara transit bagi penyeludupan migran. Menyedari hakikat ini, Kerajaan Malaysia telah mengambil inisiatif untuk menggubal Akta Antipemerdagangan Orang pada tahun 2007 dan kemudiannya menerusi pindaan pada tahun 2010, Akta ini kemudiannya dikenali sebagai Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 di mana ianya menjadikan kesalahan jenayah bagi jenayah penyeludupan migran selain daripada jenayah pemerdagangan orang.

MAPO sebagai badan di peringkat nasional bagi kedua jenayah ini diberikan mandat untuk merencana dan memantau pelaksanaan ATIPSOM 2007 merangkumi aspek pencegahan, penguatkuasaan, pendakwaan termasuk penganjuran kempen-kempen kesedaran untuk membuka mata rakyat akan implikasi dan kesan kedua jenayah ini kepada Negara secara keseluruhannya.

Y.Bhg. DatoÔÇÖ-DatoÔÇÖ,

Tuan-tuan dan puan-puan,

Pada majlis ini, sepertimana kita sedia maklum, aspek yang ingin diberikan penekanan ialah peranan penting yang dimainkan oleh agensi-agensi penguatkuasaan di bawah ATIPSOM 2007 iaitu Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Kastam DiRaja Malaysia (KDRM) dan Jabatan Tenaga Kerja (JTK). Peranan mereka adalah amat kritikal dalam mencegah dan membasmi jenayah ini sama ada yang dilakukan oleh individu persendirian mahupun sindiket-sindiket jenayah terancang.

Dalam hal ini, agensi-agensi penguatkuasaan di bawah ATIPSOM 2007 perlu memastikan keseragaman dan bekerjasama secara kolektif dalam memastikan misi mereka dapat dilaksanakan dengan jayanya. Sehubungan dengan itu, penyediaan Prosedur Standard Operasi (SOP) Penguatkuasaan merupakan satu elemen penting dan signifikan di mana ianya harus dibaca bersama SOP Pendakwaan yang disediakan oleh Jabatan Peguam Negara.

SOP ini kelak akan menjadi medium yang berguna sebagai rujukan dan garis panduan serta memberikan kefahaman kepada pegawai-pegawai penguatkuasa bagi kes-kes pemerdagangan orang dan penyeludupan migran dan seterusnya boleh mempertingkatkan peratus sabitan bagi kedua jenayah ini pada masa akan datang.

Di dalam memastikan SOP ini dapat diakses / diperolehi oleh semua agensi penguatkuasa, pelbagai inisiatif perlu dilaksanakan oleh pihak yang bertanggungjawab ke atas SOP tersebut. Dalam hal ini, saya ingin mencadangkan supaya Ketua-Ketua Jabatandapatmemberikan tumpuan khusus untuk memastikan edaran SOP ini sampai ke peringkat akar umbi.

Y.Bhg. DatoÔÇÖ-DatoÔÇÖ,

Tuan-tuan dan puan-puan,

Adalah menjadi harapan saya dan Kementerian agar pelancaran SOP penguatkuasaan ini dapat membantu memberi nilai tambah kepada usaha murni Kerajaan dalam memperkasakan peranan agensi penguatkuasaan bagi menangani kedua jenayah ini serta akan dapat mempertingkatkan kredibiliti dan integriti Negara di persada antarabangsa.

Dengan lafaz ÔÇ£BismillahirrahmanirrahimÔÇØ saya dengan sukacitanya melancarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) Penguatkuasaan Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO).

Wabillahi al-taufiq wal hidayah wassalamuÔÇÖalaikum wa rahmatullahi wabaraktuh.

 

 

Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur, 21112013

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 21 November 2024.
Visitor Count : 1121138

moha qrcode