Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) merupakan sebuah Badan Berkanun Persekutuan yang ditubuhkan di bawah Seksyen 3 Akta Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 2022 (Akta 839) yang diwartakan pada 18 Oktober 2022 dan mula berkuatkuasa pada 1 Julai 2023.
Matlamat Suruhanjaya
Penubuhan IPCC adalah untuk menjalankan fungsi dan kuasa sebagai badan pemantau bebas terhadap pasukan polis dari aspek siasatan aduan berkaitan salah laku.