telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

PERASMIAN PENUTUP JELAJAH ANAK MALAYSIA

Putrajaya, 16 Februari 2013 - YB Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri telah merasmikan Majlis Penutup Jelajah Anak Malaysia bertempat di Stadium Pancarona, Presint 18. Ketibaan beliau bersama skuad bermotosikal RELA telah disambut oleh YBhg Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Ahli Parlimen Putrajaya.

Konvoi yang bermula dan berakhir di Putrajaya ini mengambil masa selama 17 hari menjelajah ke semua negeri di Semenangjung Malaysia. Rata-rata peserta yang ditemui melahirkan rasa gembira dan teruja sepanjang penjelajahan mereka itu. Dalam majlis majlis penutup tersebut, YB. Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein turut menyampaikan sijil penghargaan kepada Jabatan/ Agensi Kerajaan yang telah bersama-sama serta memberikan perkhidmatan kepada masyarakat setempat sepanjang program Jelajah Anak Malaysia dijalankan. Beliau juga telah menerima laporan kaji selidik dan laporan penuh Program Jelajah Anak Malaysia daripada Presiden ASPIRASI, Mohd Sahar Abdullah.

Dalam majlis yang sama, Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein turut meluangkan masa menjayakan Kempen Penanaman 1 Juta Pokok dan turut menghadiri menanam sebatang pokok dan turut serta memeriahkan Hari Keluarga Parlimen Putrajaya yang diadakan di lokasi yang sama.

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 21 November 2024.
Visitor Count : 1121199

moha qrcode

Portal Rasmi Kementerian Dalam Negeri