telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

Soalan Lazim Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC)

PENGENALAN IPCC


1. APA ITU SURUHANJAYA BEBAS TATAKELAKUAN POLIS (IPCC)?


IPCC merupakan sebuah Badan Berkanun Persekutuan yang ditubuhkan sebagai badan
pemantau bebas tatakelakuan polis di bawah Akta Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis
2022 [Akta 839] bertujuan untuk menggalakkan integriti, mengadakan mekanisme aduan
dan siasatan bagi penanganan salah laku serta mengesyorkan penambahbaikan kebajikan
anggota pasukan polis.



2. ADAKAH IPCC MERUPAKAN JABATAN DI BAWAH PDRM?


Tidak. IPCC merupakan suruhanjaya bebas dan tidak diletakkan di bawah mana-mana
agensi/ jabatan penguatkuasaan.


3. APAKAH CONTOH SALAH LAKU ANGGOTA PASUKAN POLIS YANG DILAPORKAN
KEPADA IPCC?


• Rasuah
Contoh : Memberi / Menerima Rasuah
• Jenayah
Contoh : Kekerasan, Dadah, Komersial, Seksual
• Integriti
Contoh : Salah guna kuasa, Tidak menjalankan siasatan, Siasatan tidak telus, Tingkah
laku / Sikap


4. APAKAH WAKTU OPERASI IPCC?


Isnin hingga Jumaat :
8.30 pagi – 4.30 petang

Waktu Rehat:
Isnin hingga Khamis
: 1.00 petang – 2.00 petang
Jumaat : 12.15 tengah hari – 2.45 petang
**kecuali cuti umum

PROSES PENGURUSAN ADUAN


5. BAGAIMANAKAH CARA-CARA MEMBUAT ADUAN SALAH LAKU ANGGOTA PASUKAN
POLIS KEPADA IPCC?


Menurut seksyen 24(1) Akta 839, semua aduan hendaklah dibuat secara bertulis iaitu
melalui surat atau e-mel dan dihantar kepada Suruhanjaya melalui mana-mana saluran
berikut:


a. E-mel kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
b. Pos atau hadir sendiri ke alamat berikut:
Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis
Aras 7, Setia Perkasa 7,
Kompleks Setia Perkasa, 62546 Putrajaya.


6. APAKAH MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN SEMASA MENGEMUKAKAN ADUAN KEPADA
IPCC?


Menurut seksyen 24(2), Akta 839 aduan hendaklah mengandungi butiran berikut:
a. Butiran pengadu:
• Nama pengadu;
• No. Kad Pengenalan/ No. Pasport; dan
• Medium perhubungan (No. Telefon/ Alamat e-mel / Alamat surat-menyurat).


b. Apa-apa butiran anggota pasukan polis yang boleh dikenal pasti seperti:
• Nama pegawai yang diadukan;
• Jawatan/ pangkat;
• Tempat bertugas; dan
• Suatu perihalan / apa-apa butiran lain bagi membolehkannya dikenal pasti.


c. Butiran salah laku:
• Jenis salah laku;
• Tarikh, masa dan lokasi salah laku;
• Orang yang terjejas; dan
• Salinan laporan polis, foto, video atau dokumen berkaitan yang difikirkan perlu.
Sekiranya pengadu tidak mengemukakan butiran di atas, aduan tidak dapat
dipertimbangkan untuk tindakan lanjut.


7. APAKAH PROSES TERHADAP ADUAN YANG DITERIMA OLEH IPCC?


a. Memastikan setiap aduan yang diterima mempunyai butiran yang lengkap dan
didaftarkan untuk tindakan selanjutnya.


b. Membawa aduan ke Mesyuarat Jawatankuasa Aduan (JKA) bagi menentukan
klasifikasi aduan salah laku yang diterima dan diambil tindakan seperti berikut:
i. Siasatan penuh oleh IPCC
ii. Merujuk aduan kepada Pihak Berkuasa Berkaitan
iii. Tiada tindakan lanjut (tidak memenuhi butiran seperti di para 6)
c. Mendapatkan status aduan daripada Pihak Berkuasa Berkaitan secara berkala.
d. Memaklumkan tindakan/ keputusan siasatan kepada pengadu melalui e-mel/ surat.


8. BERAPA LAMA PROSES YANG AKAN DIAMBIL OLEH IPCC TERHADAP SESUATU
ADUAN?


Proses yang diambil ke atas sesuatu aduan bergantung kepada kompleksiti aduan dan
proses siasatan.


UMUM


9. ADAKAH SAYA BOLEH MEMBUAT ADUAN BAGI PIHAK ORANG LAIN?


Ya. Pengadu boleh membuat aduan bagi pihak orang lain/ orang yang terjejas dengan
memberi butiran lengkap secara bertulis.


10.ADAKAH IPCC MEMPUNYAI KUASA PENYIASATAN?


Ya. IPCC mempunyai kuasa untuk memeriksa orang dan kuasa untuk memperoleh dokumen
bagi membantu siasatan.


11.APAKAH TINDAKAN IPCC TERHADAP ANGGOTA PASUKAN POLIS YANG TERBUKTI
MELAKUKAN SALAH LAKU?


IPCC akan mengesyorkan tindakan tatatertib kepada Suruhanjaya Pasukan Polis selaras
dengan Seksyen 30, Akta 839.


12.BAGAIMANA IPCC MEMBERI PERLINDUNGAN KEPADA PEMBERI MAKLUMAT
BERKAITAN ADUAN DAN SIASATAN?


IPCC boleh membuat apa-apa perkiraan dengan pihak berkuasa berkaitan sebagaimana
perlu bagi melindungi keselamatan mana-mana orang atau melindungi mana-mana orang
daripada ditakut-takutkan atau diganggu.


13.APAKAH KESAN TERHADAP PENGADU YANG MENGEMUKAKAN ADUAN/ MAKLUMAT
PALSU?


Menurut Seksyen 34, Akta 839, pengadu yang mengemukakan aduan/ maklumat palsu
merupakan satu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak
melebihi lima (5) tahun atau didenda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 21 November 2024.
Jumlah Pelawat : 1121303

moha qrcode

Portal Rasmi Kementerian Dalam Negeri